Wednesday, February 24, 2010

Bagaimana kita berdepan dengan beza pendapat(ikhtilaf)?

Salam,

Shbt/ah yang dikasihi fillah,

Dalam coretan kali ini saya ingin berkongsi mengenai tatacara kita berbeza pendapat dengan orang lain.

Hal ini amat penting untuk menjaga keharmonian kita dalam menjalankan amal Islam. Dari segi etimologi ikhtilaf membawa makna tidak sepakat, tidak ada persamaan, saling bertentangan dan beza.

Realiti kini menyaksikan berlakunya ikhtilaf antara para pengikut mazhab, perselisihan antara para pengikut mazhad dan yang menentangnya, perselisihan antara ahli fikih dan orang-orang tasawuf, ikhtilaf antara jemaah islam dan akhir sekali ikhtilaf sesama ahli-ahli dalam jemaah Islam.

Fokus saya kali ini adalah nasihat berkaitan ikhtilaf antara jemaah Islam dan cadangan penyelesaiannya.


1.Wajib bagi seorang da’i untuk memahami dengan baik bahawa Islam ini bukan miliknya, bukan pula milik jamaahnya. Dan jamaahnya bukanlah jamaah muslimin, melainkan kita adalah jama’ah minal muslimin. Islam adalah pokok utama, sedangkan harakah islamiyah sekadar sarana.Maka, kita tidak boleh mendahulukan sarana di atas tujuan. Oleh kerana itu seorang da’i harus melihat kaum muslimin seluruhnya sebagai saudara baginya. Memuliakan yang tua, dan bersikap kasih sayang terhadap yang muda. Mencintai ‘ulama dan memuliakannya, serta tidak mengurangi peranan mereka. Menghargai setiap usaha yang dicurahkan oleh jamaah manapun dari jamaah-jamaah yang berjuang untuk Islam1.
2.Hendaklah seorang da’i tidak menambah beban khilaf di antara jamaah-jamaah yang sudah ada dengan menampakkan kesombongan dan fanatisme kelompok. Kerana hal ini hanya akan meyuburkan bibit-bibit permusuhan. Kita semua berada dalam pos-pos Islam, hendaklah kita mempunyai motto berikut:

`Bekerjasama dalam hal-hal yang kita sepakati dan saling toleransi terhadap hal-hal yang diperselisihkan.’

3.Ikhtilaf antara jamaah islamiyah dan cara atasinya2
Di negara-negara Islam, jamaah-jamaah Islam yang bergerak dalam dakwah kepada Allah tumbuh dengan suburnya mengibarkan bendera amar makruf dan nahi munkar. Semua gerakan ini patut dipuji dan disyukuri, kerana semua ini insha Allah dalam kategori jihad fi sabilillah. Akan tetapi ada kalanya antara sesama jamaah Islam ini terjadi perselisihan. Lalu sekarang ini bagaimanakah dapat kita menyesesaikan ikhtilaf ini? Terdapat dua (2) cara bagi mengatasinya:

Pertama: Menyatukan semua jamaah-jamaah ini
Jalan yang paling jitu untuk menghapus ikhtilaf antara mereka ialah dengan mempersatukannya dalam satu wadah jamaah. Tidak perlu dan efektif untuk wujudkan banyak jamaah jika tujuan masing-masing adalah sama iaitu:
a.Berkhidmat untuk Islam melalui penyebaran ajarannya
b.Dan menghapus sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Malangnya, walaupun ini merupakan solusi yang terbaik dan disukai oleh Islam, cara ini masih belum terbukti sampai ke saat ini.

Kaedah kedua: Medan ‘amal sangat luas bagi mereka yang mahu beramal dengan ikhlas

Jika wehdah antara jamaah-jamaah Islam masih belum wujud, maka wajib difahami bahawa medan ‘amal sangat luas bagi orang yang mahu beramal dengan ikhlas. Medan ini tidak pernah sempit bagi mereka yang berhajat untuk berkhidmat untuk Islam. Antara tanda keikhlasan bagi sesuatu jamaah ialah mereka merasa gembira apabila melihat jamaah yang lain beramal seperti mana yang mereka lakukan. Jika sekiranya mereka tidak suka jamaah lain beramal dan bekerja aktif untuk Islam, ini menandakan bahawa niat mereka tidak ikhlas. Jamaah Islam yang ada perlu berada dalam lingkungan penyatuan yang luas dan jauh dari segala bentuk perbezaan dan perpecahan. Anggaplah yang banyaknya jamaah Islam itu ibarat banyaknya kumpulan yang bersolat di masjid-masjid; dan seperti banyaknya halaqah-halaqah dan majlis-majlis zikir. Tidak ada apa masalah jika masing-masing berlumba-lumba dan menambahkan amal soleh.

Ringkasnya, marilah kita berlapang dada, teruskan beramal islam dengan ikhlas. Teruskan perlumbaan yang positif untuk mengajak insan-insan yang ada untuk kembali menghayati deen Allah di dalam kehidupan. Kerjasama yang positif dan objektif sesama kumpulan-kumpulan Islam yang ada patut dibuat dalam realiti ummat Islam ini yang amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar.

Ayuh, mari kita runtuhkan tembok pemisah yang sedia ada ini.


Rujukan:
1. Dr Abd. Karim Zaidan, As Sunan Ilahiyah, Qanun Al ikhtilaf
2. Dr. Yusuf Al Qardhawi, Fiqh al ikhtilaf
3. Dr. Abdullah Ibrahim At Tariqi, Seni beza pendapat: prinsip, etika dan kaedah mengelola perbezaan
4. Sh. Jum'ah Amin Abdul Aziz, Ad Da'wah, Qawaid wa usul

Saturday, February 20, 2010

BEBERAPA PERKATAAN ULAMA MENGENAI QIYAMUL LAIL

Salam,

Sahabat/ah yang dirahmati Allah SWT, Marilah sama-sama kita mantapkan keruhanian kita dengan melakukan qiyamullail.Inilah bekalan kita di atas jalan dakwah ini.


1)Hasan Al-Bashri Rahimahullah berkata:”Aku tidak tahu ada perbuatan yang lebih berat daripada Qiyamul Lail dan berinfaq.”

Dikatakan kepada Hasan Al-Bashri: ”Kenapa orang-orang yang bertahajjud menjadi manusia yang paling tampan di akhirat?”. Hasan Al-Bashri menjawab: ”Kerana mereka dahulu berdua-duaan dengan Allah di malam hari, maka Allah memberikan mereka pakaian dari cahaya-Nya.”

2)Hassan bin Shalih mempunyai budak wanita, lalu ia menjualnya kepada salah satu kaum. Di tengah malam budak wanita tersebut bangun lalu berkata: “Hai penduduk negeri ini, solahlah kamu”. Kaum tersebut berkata: “Apakah solah subuh sudah tiba?” Budak wanita tersebut bertanya kepada mereka: “Apakah kamu hanya mengerjakan solat wajib?”. Mereka menjawb: “Ya”. Budak wanita tersebut segera pergi kepada Hassan bin Shalih lalu berkata: “Tuanku engkau telah menjualku kepada kaum yang hanya mengerjakan solat wajib. Tolonglah ambil kembali aku dari mereka.” Lalu Hassan bin Shalih mengambil budak tersebut dari kaum itu.

3)Ar-Rabi’ berkata: “Aku pernah menginap di rumah Imam Syafi’i Radiallahu anhu beberapa malam dan ternyata ia hanya tidur sebentar setiap malam”.

4)Abu Hanifah menghidupkan separuh malam. Pada suatu hari, ia berjalan melewati salah satu kaum, lalu mereka berkata tentang dirinya: “Orang ini menghidupkan seluruh malamnya (Qiyamullail semalaman penuh).” Mendengar kaum tersebut berkata seperti itu tentang dirinya, Abu Hanifah berkata: “Aku malu disifati dengan sesuatu yang tidak aku kerjakan.” Setelah itu Abu Hanifah menghidupkan seluruh malam.

5)Abu Al-Juwairiyah berkata: “Aku menemani Abu Hanifah selama enam bulan dan setiap waktu tersebut, ia tidak pernah meletakkan lambungnya di atas tanah (tidak tidur).”

6)Salah seorang pencari hadits datang kepada Imam Ahmad, lalu menginap dirumahnya. Imam Ahmad menyiapkan air wudhu’ untuk pencari hadits itu. Kemudiannya, Imam Ahmad hairan ketika mendapati air wudhu’ tersebut tetap elok tidak terusik seperti asalnya. Maka Imam Ahmad berkata kepada pencari hadits itu: “Engkau pencari hadits, namun engkau tidak Qiyamul Lail?”.

7) Orang salih berkata: “Hai orang-orang malam, bersungguh-sungguhlah kamu. Barangkali ada do’a yang tidak ditolak. Tidak akan mampu berqiyamullail, melainkan orang yang bersemangat dan bertekad tinggi.”


wsm

Thursday, February 18, 2010

Nature of struggle between al Haq and Al batil siri 3

Assalamu'alaikum wbth,

Jika umat Islam kembali gemilang, kita perlu kembali kepada panduan asas yang diajarkan oleh Ar Rasul SAW kepada kita. Di dalam sesi kali ini saya ingin berkongsi faktor-faktor yang memenangkan kita ke atas golongan al batil.

1.Iman
"...Dan Kami berkewajiban menolong (memberi kemenangan terhadap) orang-orang yang beriman." (ar Ruum: 47)

"...Angkatan perangmu (orang musyrikin) sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu (musyrikin) sesuatu bahayapun, biarpun dia banyak dan sesungguhnya Allah berserta orang yang beriman." (al Anfaal: 19)

Kita mestilah membersihkan diri kita sebelum Allah memberikan kemenangan akhir. Jika kemenangan tidak tiba, kita mestilah merujuk kepada keimanan yang ada pada diri kita.

"Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib suatu kaum melainkan mereka merubah apa yang ada pada mereka" (ar Raad: 11)

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna yang kita hanya membersihkan diri kita tanpa masuk bertarung dengan pihak al Batil. Kita mesti juga masuk ke dalam medan(jihad) yang pelbagai kerana ini merupakan perintah Allah. Kita mesti menjalankan tugas kita kemudian menyerahkan kemenangan mengikut ketentuan Allah.

Di dalam kitab maza khosiral alam bi inkhitotil muslimin, oleh An Nadwi, Nabi SAW tetap teguh menyampaikan risalah Islam kepada msyrkt jahiliyah tanpa keraguan sedikitpun. Hal ini dapat kita lihat dari ucapan beliau di hadapan bapa saudaranya Abu Talib:

Ertinya: Wahai pakcikku, jika mereka letakkan matahari di kananku, dan bulan di kiriku, aku tetap tidk akan meninggalkan risalah ini sampai Allah memberikan kemenangan padaku atau aku mati membelanya.

Pengaruh iman sejati terhadap akhlaq seseorang

Jika iman telah berakar dlm hati seseorang, maka lahirlah contoh-contoh manusia yang luar biasa yang tinggi kemahuan, berakhlaq tinggi, Andaikata seorang beriman terjerumus ke dalam dosa, maka imannya akan memberontak dan mendesaknya untuk mengakui dosa yang dilakukannya, walaupun hal itu akan menyeretnya untuk menjalani hukuman berat di dunia demi untuk membebaskan diri dari kemurkaan Allah SWT dan siksa Allah di akhirat kelak.


2.Taqwa
Yang dimaksudkan dengan taqwa ialah perasaan takut kepada Allah dan azab-Nya, dengan itu sentiasa berhatl-hati agar tidak melakukan dosa.

Gabungan iman dan taqwa ini menjadikan seseorang itu walI Allah, bukannya sebagaimana tanggapan kebanyakan dari masyarakat Islam hari ini:

"Ingatlah, sesungguhnya wall-wall Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati, iaitu orang yang beriman dan bertaqwa." (Yunus: 62-63)

"...Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuriNya. (Ingatlah), ketika kamu mengatakan kepada orang mu'min: 'Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu (3000) malaikat yang diturunkan (dari langit)?' Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap siaga, dan mereka datang menyerang kamu ketika itu juga (dalam keadaan kamu sabar dan bersiap siaga), niscaya Allah akan menolong kamu dengan lima ribu Malaikat yang memakai tanda." (Ali Imran: 123-125)

Begitu juga, Saidina 'Umar r.a. telah berwasiat kepada panglima Islam Saad bin Waqqas untuk menakluk Iraq,

"Aku memerintahkan kamu untuk bertaqwa dalam setiap keadaan kerana taqwa kepada Allah adalah bekalan terbaik menghadapi musuh dan perancangan terbaik untuk berperang. Aku memerintahkan kamu dan yang bersama kamu untuk berhati-hati terhadap dosa kamu kerana dosa tentera kamu lebih bahaya terhadap kamu melebihi bahaya musuh. Pertolongan (Allah) terhadap muslim adalah kerana dosa musuh kamu. Jika tidak, kita tidak akan dapat menewaskan mereka kerana bilangan dan kekuatan mereka melebihi kita..."

"...Jangan melakukan ma'siyat ketika kamu di atas jalan Allah dan jangan katakan yang musuh penuh dengan (lebih banyak) dosa maka mereka tidak akan dapat mengalahkan kita walaupun kita berbuat dosa."

Oleh itu, kita tidak sepatutnya merasakan yang musuh lebih banyak dosa dari kita sebagai alasan untuk kita boleh melakukan dosa kerana boleh terjadi yang Allah akan menghantar tentera yang musyrik yang boleh mengalahkan kita, walaupun dosa kita tidak sebesar dosa tentera musyrik itu. Seperti mana yang telah berlaku ke atas Bani Israel di mana tentera Babylon yang menyembah berhala telah menguasai Bani Israel (yang ketika itu masih muslim tetapi dalam kelekaan) di Jerusalem dan membawa mereka (Bani Israil) balik ke Babylon sebagai hamba.

bersambung syarat ke-3: Menjadi Ansarullah

Saturday, February 13, 2010

Nature of struggle between al Haq and Al batil siri 2

Assalamu'alaikum wbth,

Sambungan daripada siri lalu berkaitan sunnah pertarungan al haq dan al batil. Semoga bermanfaat untuk kita semua di dalam memahaminya insha Allah.


Melampaui batas (Baaghiah)

Begitu juga, sudah menjadi sunnah Allah bahawa kekuatan/kekuasaan yang ada pada al Batil akan membuatkannya semakin baaghiah dan menindas pihak al Haq. Yakni, mereka akan menggunakan kekuatan dan kekuasaan itu melalui jalan kotor.

"Sesungguhnya orang kafir itu, menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan..." (al Anfaal:36)


"Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilan kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah" (an Nisaa: 76)


Maka dengan itu, menjadi satu kemestian untuk pihak al Haq mempunyai kekuatan untuk melindungi mereka dari keganasan al Batil:


"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang supaya menggentarkan musuh Allah, musuhmu, dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahui; sedang Allah mengetahui. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi." (al Anfaal:60)

Terdapat musuh yang kita tidak tahu seperti mereka yang membuat perdamaian dengan kita tetapi sebenarnya menyembunyikan rasa permusuhan mereka terhadap muslimin. Oleh itu, bila mereka melihat kekuatan kita, mereka tidak jadi untuk mengganas terhadap kita.

Kemenangan pada al Haq akhirnya

Keputusan akhir sesuatu pertarunganlah yang penting. Kalau seseorang itu kalah di pusingan awal tetapi menang di pusingan akhir, maka dia dikira menang.


"...maka jika Allah mengkehendaki niscaya Dia mengunci mati hatimu; dan Allah menghapuskan yang batil dan membenarkan yang Haq dengan kalimatNya..." (asy Syuura: 24)


"Sebenarnya Kami melontarkan yang Haq kepada yang batil lalu yang Haq itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap..." (alAnbiyaa':18)


"Dan sesungguhnya telah tetap janji. Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi Rasul, (iaitu) sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat kemenangan. Dan sesungguhnya tentera Kami itulah yang pasti menang." (Ash Shaffat:171-173)



"Dan sekiranya orang-orang kafir memerangi kamu pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah) kemudian mereka tiada memperoleh pelindung dan tidak (pula) penolong." (al Fath: 22)

"Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu." (al Fath: 23)

"Allah telah menetapkan: 'Aku dan Rasul-rasuIKu pasti menang.' Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (al Mujaadilah: 21)

Oleh itu, sudah menjadi peraturan dan janji Allah yang al Haq akan menang akhimya.

Penyeksaan dan Penangguhan Kemenangan

Begitu juga, Allah boleh melambatkan kemenangan untuk memberikan kemenangan yang lebih baik dan besar.

Umpamanya Allah menangguhkan kemenangan Rasulullah s.a.w. sehingga tiga tahun sebelum kewafatannya. Tetapi kemenangan itu sangat besar sehingga semua kabilah di semenanjung Arab masuk Islam pada tahun itu sahaja. Bahkan Allah memberi alamat tentang kemenangan ini sebelum penaklukan Mekah berlaku lagi. FirmanNya dalam surah Makkiyyah:

"Apabila telah datang pertotongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk ke dalam agama Allah berbondong-bondong (kabilah demi kabilah)." (an Nasr:1-2)

Begitu juga sebelum kemenangan itu, orang-orang beriman akan mengalami kesusahan, halangan dan penyiksaan. Ini juga sebahagian dari sunnah Allah di mana kadangkala Allah memberi kemenangan yang sementara kepada pihak al Batil."...Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran); dan supaya Allah membedakan orang yang beriman (dengan orang yang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikaNya syuhada (sebagai hikmah). Dan Allah tidak menyukai orang yang zalim." (ali Imran: 140)


Sambungan...syarat kemenangan

Sunday, February 7, 2010

Nature of struggle between al Haq and Al batil siri 1

Salam,

shbt/ah yg dikasihi, dalam sesi kali ini saya ingin berkongsi bahan yang dipetik daripada kitab sunan ilahiyah karangan Dr. Abdul Karim Zaidan. Bab yang dipilih ialah sunnah pertarungan di antara golongan al haq dan al batil. Semoga dengan bahan ini insha Allah kita dapat memahami konsep ini dengan jelas.


Definisi al hak: Dalam lisanul Arab oleh Ibnu Manzhur disebutkan, haq adalah lawan kata dari batil. Sesuatu haq, maka ia menjadi yang haq dan akan terus tsabat(tetap)

Secara etimologi adalah tetap, pasti, sah, dan benar

Definisi al batil:Dalam lisanul Arab, disebutkan bathola asy syai’un iaitu hilang dengan sia-sia dan merugi

Makna tadafu’ (pertarungan)
Dalam lisanul Arab, addifa’ maknanya menangkis dengan kuat

Apa yg dimaksud dgn haq dan batil serta pertarungan di antara keduanya?
Al haq ~ yg solid, benar dan wajib mengerjakannya atau diwujudkan berupa aqidah, ucapan, perbuatan menurut hukum syara’.

Al batil ~ lawan kepada al haq, iaitu tidak solid, tidak benar, wajib ditinggalkan dan tidak boleh wujud, serta wajib disingkirkan dan dihapuskan menurut hukum syara’.

Bertolak drpd definisi ini, dptlah disimpulkan bahawa al haq meliputi segala perintah Allah, manakala batil meliputi segala apa yg dilaran-Nya.

Yang dimaksudkan dengan At-tadafu’ bainal haq wal bathil adalah salah satu sama lain saling menyingkirkan, menghapus dengan kekuatan masing-masing ketika bertarung.

Menjadi yang paling berpengaruh
Sudah menjadi peraturan (sunnah) Allah bahawa al Haq akan sentiasa tolak menolak dengan al Batil, tiada satu sa'atpun kedua-duanya akan berdamai. Al Haq akan cuba untuk menumpaskan atau mengurangkan pengaruh al Batil, begitu juga sebaliknya. Maksudnya, kedua-dua sentiasa bertarung untuk menjadi penguasa atau yang paling berpengaruh (dominant).

Jika kita mendapati bahawa tiada pertarungan yang berlaku di antara pendokong kedua-duanya, puncanya mungkin salah satu dari dua:

•Pendokong-pendokong kedua-dua belah pihak tidak jelas tentang fikrah yang
mereka pegangi. Yakni, mereka tidak merasai apa-apa perbezaan dengan pihak
yang satu lagi.

•Mereka tidak komited/iltizam dengan fikrah masing-masing. Umpamanya, pengikut al Haq tidak iltizam atau mengambil berat untuk menegakkan al Haq. Begitu juga pengikut al Batil.

`Secara umum, pengikut kedua belah pihak sentiasa bertarung.'

bersambung ....al batil sentiasa melampui batas

`Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari' HR At Tobrani