Sunday, December 25, 2011

Islam Syumul siri 3

Fikrah kita ialah fikrah Islam atau Din Islam. Din Islam ialah Din terawal dan kekal abadi. Din Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW, para sahabat RA dan pengikut-pengikut mereka hinggalah ke Hari Akhirat kelak. Din Islam ialah satu peraturan hidup yang luas, lengkap dan merangkumi semua ruang hidup.

Kita tidak boleh menambah dan mengurangkan pada mana-mana bahagian ajaran Allah SWT. Di dalam apa hal sekali pun, kita tidak boleh mendahului Islam. Kita adalah pengikut ajaran Allah SWT. Pengikut hendaklah berada di belakang.

Kita perlu menyesuaikan diri dengan Islam

Kita mestilah membentuk jiwa supaya serasi dengan ajaran Allah SWT. Jiwa dan hati hendaklah diperoses dengan Iman hingga sanggup patuh dan tunduk kepada semua ajaran Allah SWT. Kita wajib memahami Islam sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT. Kita wajib memahami Islam sebagaimana yang difahami oleh para sahabat yang menerima Islam di Madrasah Rasulullah SAW. Kita tidak boleh memahami Islam sebagaimana yang manusia atau sebagaimana yang kita sendiri mahu. Kita perlu memahami Islam sebagaimana tuntutan dan kehendak Allah SWT. Kita tidak menurut hawa nafsu kita dalam memahami Islam. Kita mahukan Islam yang asli. Kita tidak mencampuradukkan ajaran Islam dengan ajaran yang lain. Kita perlu bersungguh-sungguh memahami Tasawwur Islam.

Islam sahaja yang benar

Islam sahajalah yang mampu menolak kekeliruan-kekeliruan yang terdapat pada sesetengah menusia. Kita tidak mudah terpengaruh dengan “nama-nama” yang elok sedangkan isinya kosong. Sesungguhnya orang mu’min itu cerdik, bijak serta pintar dan ia tidak mudah untuk ditipu dengan nama-nama sahaja. Kita perlu ketengahkan fikrah Islam. Kita perlu sebarkan fikrah Islam kepada orang ramai dengan jelas dan terang. Kita tidak boleh menghilangkan walau pun satu huruf daripada fikrah Islam yang sebenar. Untuk mendapatkan dan menyampaikan Islam sebenar, kita perlu mengambil Islam itu dari sumber-sumber yang sah iaitu al-Quran,as-Sunnah Rasulullah SAW dan huraian-huraian ulama’-ulama’ muktabar. Sumber kita adalah sumber syar’i.

Seluruh bidang hidup kita perlu berpandukan Din Allah SWT. Din Islam sahajalah yang diredhai Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Din yang diredhai di sisi Allah hanya al-Islam.”
Surah Ali-’Imran: ayat 19

“Sesiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai Din, maka sama sekali tidak diterima daripadanya, di akhirat kelak termasuk ke dalam golongan orang yang rugi.” Surah Ali ‘Imran: ayat 85

Apabila Allah SWT tidak menerima orang yang mengambil Din yang lain, maka di akhirat kelak dia termasuk ke dalam golongan orang yang rugi. Amat rugi. Kerugian dari “kaca mata” Allah SWT. Kerugian mengikut nilai Rabb al-Jalil bukan mengikut nilai manusia. Allah SWT juga telah memberikan kata dua kepada manusia samada memilih Islam atau kekufuran. Firman Allah SWT:

“Dan katalah al-Haq itu datangnya dari Tuhanmu, maka barang siapa yang ingin beriman maka hendaklah ia beriman dan barang siapa yang ingin kafir hendaklah ia kafir. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang- orang kafir itu neraka yang bergejolak mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum air seperti besi mendidih (cair) yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek.” Surah al-Kahfi: ayat 29

Kita perlu iltizam dengan ajaran Islam dan kita persaksikan Islam dalam bentuk kehidupan. Di waktu yang sama kita wajib mempertahankan Islam. Mempertahankan kefahaman Islam sebenar.
Kita perlu sedar bahawa ilmu semata-mata tidak dapat membentuk manusia agar benar-benar bertanggungjawab kepada Islam. Hari ini ramai orang mempunyai ilmu Islam tetapi Islam tidak dapat dilihat dalam praktik hidup mereka. Mereka sebenarnya masih belum beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benar Iman. Apabila seseorang itu tidak patuh kepada Allah SWT dalam semua bidang hidup, maka bermakna imannya masih lemah.

Oleh yang demikian ilmu Islam perlu ditarbiyyah dengan Tarbiyyah Imaniyyah hingga lahir kesedaran dan kefahaman yang mendalam. Kita perlu diproses hingga kita menerima apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Dengan melalui proses ini, hati kita akan merasa betul dan tepat dengan tuntutan ajaran Allah SWT.

Berpuas hati hanya dengan Islam


Kita perlu terus menerus mengikut ajaran Islam tanpa berdolak dalih lagi. Islam perlu kita hayati hingga kita merasa nikmat dengannya. Hingga, apabila tidak mengamalkan Islam, kita merasakan tidak senang dan gelisah. Perasaan tidak puas hati dengan Islam telah disumpah oleh Allah SWT di dalam Firman-Nya:

“Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima sepenuhnya.” Surah an-Nisa’: ayat 65

Ayat ini menjelaskan bahawa kita tidak dapat dikatakan benar-benar beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya sehinggalah kita kembali kepada ajaran Rasulullah SAW dalam semua urusan, sekaligus kita redha pula kepada segala keputusan yang telah diputuskan oleh Rasulullah SAW.

Kepatuhan yang berterusan

Kepatuhan kita kepada ajaran Rasulullah SAW, bukanlah sekadar di dalam program-program rasmi sahaja. Jika kepatuhan kita sedemikian, bermakna Islam itu belum lagi lahir dalam bentuk malakah (sebati) pada diri dan dalam jiwa kita.
Kita memerlukan pendidikan Islam secara berterusan agar Islam menjadi sebati dengan kita. Kita perlu dididik hingga Iman itu lahir dalam bentuk tindakan. Kita perlu dididik hingga kita berbuat sesuatu kerana Islam. Hidup dan mati untuk Islam. Barulah lahir ‘Ubudiyyah Lillahi Wahdah.

Sekiranya kita tidak dididik kemungkinan kita lakukan sesuatu bukan untuk Islam atau kerana yang lain daripada Allah SWT. Apabila melakukan sesuatu tidak kerana Allah maka Allah tidak akan menerima amalan tersebut.

Hanya untuk Allah

Apabila kita melakukan sesuatu kerja Islam, kita perlu benar-benar mencari keredhaan Allah SWT, tanpa mengambil kira keuntungan duniawi. Kita tidak memerlukan dorongan-dorongan lain untuk melakukan kerja-kerja Islam. Kita hanya mengharap janji-janji Allah SWT. Sesiapa yang lebih melakukan amal Islami dengan ikhlas maka dialah yang lebih mendapat pahala. Bagi mereka yang hidup hanya mencari keredhaan Allah SWT, apa yang ada di sisi mereka seperti harta, tenaga dan jiwa adalah untuk Allah SWT semata-mata .

Dengan aqidah yang bersih dan amal yang ikhlas, kita akan menjadi Jund ‘Aqidah Wa Fikrah. Pahlawan yang benar-benar mempunyai sifat Jundiyyah (perajurit) yang dibina atas dasar Islam. Dengan penyerahan total kepada Allah SWT, barulah kita boleh melahirkan tentera aqidah dan fikrah. Tentera yang menerima arahan daripada kepimpinan dalam rangka melaksanakan apa yang dituntut oleh Allah SWT. Tentera yang bekerja kerana Allah SWT bukan kerana yang lain. Sayyidina Khalid Ibn al-Walid telah memberikan contoh kita. Ketika dia digantikan oleh Sayyidina U’mar dengan ‘Ubaidah al-Jarrah sebagai panglima tinggi tentera Islam, dia tidak sedikit pun menunjukkan rasa kecewa. Katanya, “Aku berperang kerana Allah SWT bukan kerana ‘Umar”. Khalid berjuang kerana Allah SWT bukan kerana pangkat. Sememangnya kita perlu dilatih untuk mencapai tahap sedemikian. Firman Allah SWT:

“Katakanlah: Sesungguhnya solahku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada sekutu bagiNya dan demikian itu diperintahkan bagiku dan akulah yang pertama-tama menyerah diri kepada Allah.” Surah al-An’am: ayat 162-163.

Melaksanakan Islam keseluruhannya

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada.”

Hadith ini memberi maksud bahawa kita perlu bertaqwa kepada Allah SWT kerana Islam itu telah sempurna. Kita wajib iltizam kepada Islam secara keseluruhan. Kita tidak boleh mengambil Islam sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Kita perlu mengambil Islam keseluruhan dan melaksanakannya dalam batas kemampuan yang kita miliki. Sememangnya kita ingin melaksanakan keseluruhan Islam, tetapi ketiadaan Daulah pada hari ini menyebabkan kemampuan kita sangat terbatas dan tidak terbela. Kita hanya dapat melaksanakan mengikut kadar kekuatan Ummah ketika ini.

Dari segi tanggungjawab, sememangnya tanggungjawab kita berbeza bentuk dan kadarnya. Orang yang telah berkahwin, kadar tanggungjawabnya lebih daripada orang yang belum berkahwin. Begitu juga dalam hal-hal lain. Kita perlu melaksanakan tanggungjawab kita sedaya yang mungkin. Dengan cara ini, InsyaAllah kita akan berada di dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal saleh.


“Seiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahkan dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia mengubahkan dengan lisannya, sekiranya ia tidak mampu hendaklah ia mengubahkan dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah Iman.”

Kebanyakan manusia hari ini telah membeli kehidupan dunia dan menolak akhirat. Mereka menolak ajaran Islam yang syumul. Mereka mengasing dan mengenepikan Islam dalam realiti kehidupan seharian. Islam ‘terkurung’ di dalam masjid. Islam hanya boleh diambil dari segi solah, puasa, zakat dan haji sahaja. Undang-undang Syari’ah tidak boleh diambil kerana tidak bersesuaian dengan tuntutan dan kehendak masyarakat semasa. Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesunguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”-Surah al-Baqarah: ayat 208.

Ayat di atas menyeru kita agar menerima Islam keseluruhannya.


Kita hanya berusaha dan bertawakkal

Generasi Al Qur’an pertama, iaitu para sahabat RA, ada antara mereka yang belum sempat melihat natijah Islam tetapi telah sanggup disiksa dan dibunuh. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi menegakkan Islam dan mewujudkan masyarakat yang menepati kehendak Allah SWT. Mereka bersabar dalam melaksanakan tuntutan aqidah. Apabila keluarga Yasir telah disiksa maka Rasulullah SAW yang melalui tempat dia disiksa berkata,

“Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya tempat kembali kamu adalah Jannah.”

Yang paling baik bagi kita ialah terus berusaha, bekerja dan berkorban untuk mengajak masyarakat kembali kepada al-Islam. Kita berdoa kepada Allah SWT agar kita digolongkan di dalam Kafilah Da’wah atau Kafilah Mujahidin. Sekiranya kita tidak mahu melakukan kerja-kerja ini maka bermakna kita menolak kurniaan Allah SWT. Balasan yang baik hanyalah ketentuanNya. Kita perlu sentiasa berdo’a agar kita sentiasa berada dalam rahmat dan redha-Nya.

Monday, November 28, 2011

Puasa 9 & 10 Muharram

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).



Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)


Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Rujukan:
http://www.haluan.org.my/v3/index.php/kelebihan-puasa-9-a-10-muharram.html

Friday, November 25, 2011

Pengajaran daripada Peristiwa Hijrah

Menilai Hakikat Iman, Dahulu dan Kini



Ketika sahabat Suhaib ar-Rumi Rodhiallahu 'Anh hendak berangkat ke Madinah, beliau dihalang oleh orang-orang kafir Quraisy. Dengan penuh kemarahan mereka berkata kepadanya, "Kamu ke mari dalam keadaan miskin dan hina. Sekarang hartamu telah menumpuk, hingga kamu boleh memperolehi apa sahaja yang kamu inginkan. Lalu sekarang kamu kamu hendak keluar dari Makkah dengan harta dan jiwamu? Sungguh kami tidak akan membiarkan kamu pergi begitu sahaja!"

Di sini terjadi peperangan sengit antara hakikat Islam dan hakikat kebendaan duniawi. Dan hakikat Islamlah yang menang.

Suhaib al-Rumi Rodhialahu 'Anh berkata, "Akankah kamu membiarkan diriku melanjutkan perjalanan atau hijrah, kalau kutinggalkan seluruh hartaku untuk kamu."

Mereka menjawab, "Ya, engkau bebas pergi setelah engkau tinggalkan seluruh hartamu."

Suhaib berkata, "Silakan kamu ambil seluruh hartaku, dan biarkan aku pergi atau hijrah!"

Dia pun melanjutkan perjalanan hijrahnya dengan membawa keyakinan dan agamanya, tanpa memperdulikan harta bendanya. Kegembiraan terpancar jelas di wajahnya. Seakan-akan tidak ada sesuatu pun yang hilang daripada dirinya, tidak pula merasa rugi.

Abu Salamah Rodiyallahu 'Anh berangkat hijrah ke Madinah bersama anak dan isterinya. Di tengah perjalanan, mereka dicegat oleh orang-orang musyrik Bani Mughirah.

Mereka berkata kepadanya, "Jiwamu boleh mengalahkan kami, namun kami tidak akan membiarkan dirimu pergi meninggalkan negeri ini membawa semua jiwamu!" Lalu mereka merebut dengan paksa tali kekang untanya, sementara itu Bani Abdul 'Asad merampas isteri dan anaknya yang masih kecil.

Terjadilah pergolakan antara hakikat Islam dan kecintaan terhadap isteri dan anak. Pergolakan antara hakikat Islam dan naluri kasih sayang.

Namun tidak ada sesuatupun yang mampu mengalahkan hakikat Islam, yang telah meresap ke dalam jiwa, dan menyatu di dalam diri. Dia pasrahkan keselamatan anak dan isterinya di bawah perlindungan Allah Subhanahu wa Taala dan rahmat-Nya. Selanjutnya diteruskannya perjalanan hijrahnya seorang diri.

Mampukah sebuah bayang atau gambaran mengambil tindakan seperti ini? Beranikah orang yang hanya memiliki bayang atau gambaran meninggalkan isteri dan anaknya di tangan musuh, demi menempuh jalan aqidah dan mempertahankan agama yang diyakini kebenarannya?

Tidak! Sama sekali tidak. Bahkan kita sering mendengar orang yang rela menjual agama dan keyakinannya demi harta, wanita dan anak-anaknya serta kesenangan duniawi yang hina.
Marilah kita kembali kepada diri kita. Marilah kita sama-sama renungkan, sudahkah hakikat (iman) seperti ini (sebagaimana yang dimiliki oleh para sahabat) menyusup ke dalam setiap celah jiwa kita, dan mengalir bersama darah di dalam urat nadi kita? Sudahkah hidup kita ini disirami dengan air hakikat tersebut?

Sesungguhnya yang menjadi kekhuatiran kita adalah ketidaksanggupan kita menerapkan hakikat Islam dalam kehidupan kita. Sehingga bayang atau gambaran akan lebih berpengaruh dalam diri kita, dan pada akhirnya akan menjadi titik kelemahan kita, itulah rahsia penderitaan dan musibah yang selalu menimpa kita.

Sesungguhnya, perubahan keadaan dunia Islam akan membawa pengaruh yang besar kepada perubahan keadaan dunia seluruhnya. Adapun keadaan umat Islam berkait rapat dengan kesanggupan mereka untuk merealisasikan hakikat Islam dalam kehidupan mereka.

Jika hakikat Islam jauh dari genggaman kaum Muslimin dan sirna daripada kehidupan mereka, siapa lagi yang akan menyeru dunia kepada hakikat Islam? Siapakah yang mampu meniupkan roh Islam pada jasad dunia?


Rujukan: Kembali kepada Islam yang Sebenar, Syeikh Abul Hasan Ali Nadwi

Saturday, November 12, 2011

Mencari Dunia dan Akhirat

Assalamu'alaikum wbth,

Kita boleh menyatukan kepentingan dunia dan akhirat. Di dalam al Quran surah Al Qashash ayat 76-77, Allah SWT berfirman:

76. Sesungguhnya Karun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri."

77. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.



Penjelasan para mufassir dalam menerangkan ayat di atas adalah:

Ayat : wabtaghi fi maa aataakallahu ad daarul akhirat

1. Al Qurtubi berkata : yakni carilah akhirat dengan apa yang telah diberikan kepadamu berupa kekayaan (harta benda), yakni kamu beramal kebaikan dengan nikmat itu berupa sadaqah yang wajib dan yang sunat, dan jadikanlah sebagai bekalmu di akhirat
2. Az Zamakhsyari berkata: Carilah akhirat dengan apa yang telah Allah berikan kepadamu berupa kekayaan (harta benda), yakni kamu beramal baik denga nikmat itu berupa sadaqah wajib dan jadikanlah sebagai bekalmu di akhirat
3. Ar Razi berkata: gunakanlah harta itu untuk mendapatkan syurga
4. Ibnu Kathir berkata: Gunakanlah apa yang diberikan Allah kepadamu dari harta yang banyak dan kenikmatan yang sempurna itu dalam ketaatan kepada pendekatan diri, dengan pelbagai cara kepada Tuhanmu yang dapat menghasilkan pahala dunia dan akhirat.

Huraian ayat : wala tansa nashiibaka minaddunya

1. Ar Razi berkata: Tidak mengapa jika menikmati harta itu di atas jalan yang dibolehkan
2. Al Qurtubhi berkata: Hasan dan Qatadah berkata : Maknanya jangan sia siakan bahagianmu di dunia untuk menikmati barang yang halal dan jangan sia siakan usaha dab kepentinganmu untuk mendapatkan kebaikan dunia itu.
3. Az Zamakhsyari berkata : Ambillah bahagianmu dari dunia itu apa yang mencukupimu dan untuk kepentinganmu
4. Al Alusi berkata: Janganlah kamu melupakan di dunia. Dari Ibnu Abbas dikatakan : Beramallah di dunia itu untuk akhiratmu. Dari Qatadah dikatakan : Kamu mengambil bahagian dari dunia itu apa yang dihalalkan Allah untukmu.
5. Ibnu Kathir berkata: apa yang dimubahkan Allah dari dunia itu berupa makanan, minuman, tempat tinggal dan isteri isteri, maka hal itu diperbolehkan untuk dinikmati, kerana bagi Allah atas kamu ada hakNya, dan bagi dirimu sendiri ada haknya atas kamu, serta bagi keluargamu ada haknya atas kamu, maka berikanlah kepada pemiliknya.

Pendapat para ulamak mengenai ayat : wa ahsin kamaa ahsanallahu ilaika
1. Ar Razi berkata: termasuk dalam ayat ini , membantu kepada orang fakir dengan harta, penghormatan, wajah yang berseri, menyapa dan menceritakannya dengan kebaikan.
2. Az Zamakhshari berkata: Berbuat baiklah kepada hamba hamba Allah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu.
3. Al Alusi berkata: Berbuat baiklah kepada hamba hamba Allah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dengan memberikan nikmatNya kepadamu.
4. Ibnu Kathir berkata: Berbuat baiklah kepada makhlukNya, sebagaimana Dia berbuat baik kepadamu.


Rujukan
Sunan Ilahiyah, bab Sunnatullah dalam mencari dunia dan akhirat, karangan Dr. Abdul Karim Zaidan

Tuesday, November 8, 2011

‘IBRAH DARI KISAH IBRAHIM DAN ISMAIL SEBAGAI QUDWAH DALAM AMAL ISLAMI

Assalamu'alaikum wbth,

Dalam kesempatan ini, kita diingatkan dengan peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS, kesabaran anaknya Nabi Allah Ismail AS dan keredhaan isterinya Siti Hajar, demi mentaati perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim telah menerima perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail, di dalam mimpinya. Dalam suasana taat kepada Allah Subhanahuwataala Nabi Ibrahim rela menyembelih anaknya dan anaknya, Ismail, pun rela untuk disembelih. Kesetiaan, kepatuhan dan pengorbanan mereka telah diabadikan oleh Allah di dalam Al-Qur'an Al-Karim dalam Surah As-Shaffat, ayat 102:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku, sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!", Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".



Dr Abdul Karim Zaidan berkomentar terhadap ayat ini, “Demi Allah, saya tidak tahu yang manakah dari keduanya lebih saya kagum, sang ayah Ibrahim; orang tua berwibawa mendapat mandat dari Rabbnya, tidak tertahan oleh jiwa manusia kecuali Ibrahim, Allah perintahkannya untuk menyembelih dengan tangannya satu-satunya anak yang baru dikurniakan Allah pada umurnya yang tua dan senja. Ataukah saya takjub dengan anak muda pintar, Ismail yang respon kepada pertanyaan orang tuanya ‘aku ditugaskan untuk menyembelihmu, apa pendapatmu? Pemuda berjiwa besar ini memanggil ayahnya dengan nada lembut ya abati (wahai ayah) tidak berubah dalam pandangan dan hubungan dengan ayahnya meski pun meminta pandangan untuk menyembelihnya...bahkan ia mengingatkan ayahnya bahawa dia sedang melaksanakan perintah Allah, Wahai ayah lakukan apa yang engkau diperintah untuknya. Seterusnya menyokong ayahnya dan cuba menghilangkan gangguan emosinya dengan katanya..engkau akan mendapatiku Insya Allah termasuk orang-orang sabar
Ketaatan dan kepatuhan keluarga Nabi Ibrahim kepada Allah swt dalam menghadapi ujian berat telah dipuji oleh Allah swt dan telah menjadi contoh tauladan kepada umat Islam. Allah swt yang Maha Pengasih telah menggantikan Ismail dengan seekor kambing atau kibas. Firman Allah swt dalam surah Ash shaffat: 106 hingga 109:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاءُ الْمُبِينُ. وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ. وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الآخِرِينَ. سَلامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ

Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian. (Iaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim"

Dr Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya al-Mustafad min Qasyasy al-Quran, menjelaskan: Dalam kisah Ismail banyak terdapat ibrah dan nasihat WAJIB bagi da’e dan ‘amilin Islam supaya difahami dan dijadikannya sebagai maudhu’ dakwah untuk disampaikan kepada manusia samada tua, pemuda, bapa dan anak-anak seperti berikut:

i.Mengikat Diri Dengan Perintah Allah

Wajib seseorang muslim mengikat diri dengan perintah Allah dan bersegera melaksanakannya dengan penuh redha dan menerima tanpa ragu, malas atau banyak soal jawab. Inilah dilakukan oleh Ibrahim a.s. yang menerima perintah dari Rabbnya untuk menyembelih anaknya Ismail.

ii.Ismail a.s. Qudwah Pemuda Muslim




Kisah Ismail adalah kisah pemuda muslim beriman kepada Allah, diuji dengan ujian berat iaitu mati disembelih oleh tangan ayahnya sendiri, tapi ia tidak takut atau bimbang. Malah ia menyokong ayahnya untuk laksanakan perintah Allah tersebut. Ismail adalah contoh pemuda muslim. Pemuda muslim hari ini perlu mempunyai khudwah atau idola yang boleh membangkitkan makna-makna iman, membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah dan menjauhi maksiat dan perangkap syaitan.
iii. Menghilangkan Kesedihan Dengan Taat Kepada Allah
Sesungguhnya Allah swt menghilangkan dari kaum muslimin yang melaksanakan perintah Allah kesempitan dan cubaan-cubaan selagi mereka sentiasa bersiap sedia dan melaksanakan perintah Allah swt. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah swt.

وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ. قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

Lalu Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!"Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang berbuat baik”(as-Shoffat:104-105)

iv.Ujian Allah Terhadap HambaNya Yang Beriman

Hendaklah para da’I mengetahui bahawa Allah swt memberikan bala’ dalam bentuk ujian dan cubaan agar zahir apa yang tersembunyi dalam jiwa mereka, sejauhmana ketaatan ketika tersepit, memegang panji-panji Islam waktu genting dan sukar. Di atas sunnah Ilahiyah inilah Allah swt menguji khalilNya Ibrahim supaya menyembelih Ismail seklau gus ujian bagi anaknya Ismail, adakah ia membantah atau taat kepada ayahnya?...hendaklah diketahui oleh para da’e bahawa ujian Allah swt terhadap hambaNya mukmin adalah hak mutlakNya; Dia menentukan jenis dan bila ujian itu diturunkan. Ini wajib diketahui kerana ia sebahagian daripada aqidah Islamiah.

v.Berhias Dengan Akhlak Islam

Allah swt memuji Ismail a.s. dengan firmanNya

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِسْمَاعِيلَ إِنَّهُ كَانَ صَادِقَ الْوَعْدِ وَكَانَ رَسُولًا نَبِيًّا

Dan ceritakanlah (Wahai Muhammad) kisah Ismail di dalam Kitab (Al-Quran). Sesungguhnya ia adalah benar-benar menepati janji, seorang rasul dan nabi.(Maryam:54)

Menepati janji adalah sebahagian daripada akhlak Islam dan sifat mukmin, sebaliknya mungkir janji adalah akhlak tercela. Rasulullah saw bersabda:

آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إذَا حَدَثَ كَذَبَ، وَإذَا وَعَدَ أخْلَفَ، وَإذَا ائْتُمِنَ خَانَ

Tanda munafik ada tiga; jika bercakap bohong, jika berjanji ingkari, jika dipercayai khianat (Muttfaq ’alaih)

Para da’e menjadikan tajuk akhlak sebagai bahagian penting dalam dakwahnya dengan menyatakan bahwa tendusnya akhlak Islam adalah indikator keruhnya iman dan menularnya sifat nifaq. Inilah realiti umat Islam hari ini bahkan ia terus menjalar dalam organisasi Islam yang menyebabkan mereka tidak layak mendapat pertolongan daripada Allah swt.

vi.Mencontohi Baitul Dakwah wa Baitul Ubudiyah
Keluarga Ibrahim a.s. adalah lambang Baitul Dakwah dan Baitul Ubudiyah Lillahi Wahdah.

a.Tindakan Ibrahim a.s. meninggalkan Hajar dan anaknya di lembah gersang tidak berpenghuni kerana ubudiyah kepada Allah. Begitu juga kesanggupannya yang luar biasa ketika nekad untuk menyembelih anaknya hanya semata-mata pengabdian kepada Allah swt

b.Hajar meredhai tindakan suaminya yang meninggalkan mereka berdua ditanah kering kontang tanpa penghuni kerana mematuhi perintah Allah swt….kemudian (Ibrahim) meninggalkan mereka, lalu ibu Ismail mengejar Ibrahim seraya berkata: “Wahai Ibrahim ke mana kamu akan pergi meninggalkan kami di lembah tidak berpenghuni ini?” Ia ulangi tiga kali tapi Ibrahim tidak menoleh hingga isterinya bertanya: “Allahkah yang memerintahmu untuk melakukan ini Ibrahim?” Ibrahim menjawab “Ya” kemudian berkata Hajar: “Jika demikian, Dia tidak akan mensia-siakan kami” Alangkah mulianya hati ibu ini, alangkah tinggi ketaatan dan tawakkalnya kepada Allah swt.

c.Begitu juga anak mereka, Ismail a.s. redha dan menyokong disembelih oleh ayahnya kerana taat kepada perintah Allah swt. Renungkalah dialog ini: "Hai anakku, sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!", Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".

Tugas dan tanggungjawab para Rasul dan ketua keluarga (suami/ayah) menjaga keluarganya daripada api neraka di Hari Akhirat dengan cara menghindarkan mereka daripada melakukan dosa di dunia. Mari kita terokai gambaran hati seorang ayah terhadap anaknya dalam peristiwa Nuh a.s. yang bersungguh-sungguh menyelamatkan anaknya daripada tenggelam dalam banjir (terjerumus ke dalam neraka), dialog dengan Allah swt ini diabadikan dalam al-Quran sebagai pedoman kepada manusia:

وَنَادَى نُوحٌ رَبَّهُ فَقَالَ رَبِّ إِنَّ ابْنِي مِنْ أَهْلِي وَإِنَّ وَعْدَكَ الْحَقُّ وَأَنْتَ أَحْكَمُ الْحَاكِمِينَ .قَالَ يَا نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ فَلا تَسْأَلْنِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنِّي أَعِظُكَ أَنْ تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ

Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya Dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan Bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak hakim Yang menghukum Dengan seadil-adilnya".. Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); Sesungguhnya bawaannya bukanlah amal Yang soleh, maka janganlah Engkau memohon kepadaKu sesuatu Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. sebenarnya Aku menasihatimu dari menjadi orang Yang jahil".

Ibnu Kathir: Seruan dari Nuh kepada Rabbnya adalah bentuk pertanyaan tentang keadaan anaknya yang tenggelam padahal ia adalah sebahagian dari keluarganya.

Dalam tafsir al-Manar: Bagaimana Nuh boleh berdoa untuk menyelamatkan anaknya sedangkan ia mengetahui ia termasuk dikalangan orang yang telah diputuskan oleh Allah swt sebagai celaka. Jawabnya berkemungkinan Nuh memahami anaknya tidak termasuk dalam firman Allah secara umum..

…أَنَّهُ لَنْ يُؤْمِنَ مِنْ قَوْمِكَ إِلاَّ مَنْ قَدْ آمَنَ....

Sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang Yang telah sedia beriman…(Hud:36)

Pemahaman ini didukung kasih sayang seorang ayah yang merasa hiba terhadap anaknya. Bagaimana mungkin anak yang dijaganya daripada sentuhan api dunia kini terdedah kepada dibakar oleh api neraka? Sesungguhnya hati seorang ayah yang beriman hanya mengharapkan anak dan ahli keluarganya selamat dari api neraka sebagaiman firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu; neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasa; mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan.(at-Tahrim:6)

vii.Tidak Boleh Maksiat Kepada Allah Dengan Alasan Tanggungjawab Keluarga

Perlu diketahui bahawa tidak boleh seorang anggota keluarga menuntut kepada ketua keluarga (suami/ayah) hingga menjerumuskannya ke dalam maksiat kepada Allah, firmanNya;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِنْ تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu Yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(at-Taghabun:14)

Atha’ bin Yasar berkata: ayat ini turun berkenaan dengan Auf bin Malik al-Asyja’i yang hendak pergi berjihad lalu isteri dan anak-anaknya menangis dan merayu: Kepada siapa engkau tinggalkan kami? Lalu hatinya luluh dan tidak pergi berjihad.

Abu Bakar bin al-Umairi berkata: sesungguhnya permusuhan disini adalah dalam perbuatan. Apabila isteri dan anak melakukan perbuatan seperti musuh maka ia menjadi musuh dan tidak ada perbuatan yang lebih hina daripada menjadi penghalang seorang hamba mentaati Rabbnya.

Kesimpulannya dalam masalah ini tidak boleh seorang muslim meninggalkan perintah Rabbnya dan syariatNya dengan alasan apapun atau mendahulukan keinginan atau manafaat anak atau isteri atau sesiapa sahaja. Syiar bagi seorang da’e: melaksanakan perintah Allah lebih utama dari yang lainnya.

Saturday, November 5, 2011

Tarbiah Islamiah dan Madrasah IHAB

Assalamu'alaikum wbth,


Sedikit perkongsian bahan mengenai sikap dakwah Islamiah terhadap faham kebangsaan. Bahan ini dipetik dari kitab Tarbiyah Islamiyah dan Madrasah IHAB, karangan Sh Al Qardhawi.

Semoga bermanfaat.

Sikap Dakwah Terhadap Nasionalisme
Di antara kenyataan sikap pertengahan yang diajarkan oleh Hasan Al-Banna kepada da'ie-da'ienya adalah sikapnya terhadap dakwah dan pemikiran lain yang dilemparkan di Mesir, ketika dakwahnya mulai lahir. Sikapnya dalam hal ini sama dengan sikapnya terhadap nasionalisme, dunia Arab, dunia Timur dan dunia antarabangsa.
Kerana itu beliau tidak menentang penganjur-penganjur kefahaman ini dengan menolaknya secara mutlak dan tidak pula menerimanya secara mutlak, tetapi seperti biasanya beliau membezakan mana yang dapat diterima kerana sesuai dengan faham Islam dan mana yang harus ditolak kerana bertentangan dengan Islam.
Cinta Tanah Air
Dalam risalah Da'watuna, dalam polemik dengan penganjur-penganjur nasionalisme, beliau berkata: "Jika penganjur-penganjur nasionalisme memaksudkan dengan nasionalisme itu mencintai ne-geri ini dan merindukannya, maka hal itu memang telah tertanam dalam fitrah manusia dari satu segi dan
diperintahkan oleh Islam dari segi lain. Bilal yang telah mengorbankan segala galanya pada jalan akidah dan agamanya adalah Bilal yang selama di Madinah tetap merindui Mekah, yang diungkapkannya dalam syairnya yang indah:

"Aduhai kiranya sempatkah saya menginap satu malam,
Di Wadi yang dikelilingi rumput hijau dan orang kesayangan,
Dapatkah saya pada suatu hari mengunjungi mata air Majannah,
Dapatkah saya bertemu dengan bani Thufail dan bani Syamah."
Rasulullah SAW mendengar tentang sifat Mekah dari seorang bernama "Usa'il," lalu air matanya menetes kerana rindu kepadanya, bersabda: "Hai Bilal, biarkanlah hatiku tenteram."
Kemerdekaan Nasional dan Rasa Kebanggaan
Jika mereka mengertikan, bahawa di antara kewajiban kita adalah bekerja dengan sungguh-sungguh untuk memerdekakan tanah air dan menyempurnakan kemerdekaannya serta menanamkan rasa kebanggaan dan kemerdekaan dalam jiwa putera-puteranya, maka kami tetap sependirian dengan mereka. Islam sangat menekankan hal itu, seperti ternyata dari firman Allah SWT
Kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tiada mengetahui" (Al-Munafiqun: 8).

"Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman." (An-Nisa': 141).

Nasionalisme Masyarakat
Jika mereka menghendaki dengan nasionalisme itu memper-kuat hubungan antara anggota-anggota masyarakat suatu negara dan memberi petunjuk kepada mereka bagaimana cara menggu-nakan kekuatan untuk kemaslahatannya, mereka kami setuju pula dengan hal itu, dan Islam memandangnya sebagai suatu kewajiban yang mesti dilaksanakan. Nabi SAW bersabda:
"Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara."

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu, (kerana) mereka tidak pernah berhenti (menimbulkan) kemudharatan bagimu." (Ali Imran: 118)

Nasionalisme dan Penaklukan (untuk kebebasan dakwah)
Jika mereka menghendaki dengan nasionalisme itu penaklukan negeri-negeri untuk memimpin dunia, aka hal itu memang diwajibkan dan diberkahi oleh Islam.
Allah SWT berfirman
"Perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata." (Al-Baqarah: 193).

Nasionalisme Golongan
Jika mereka menghendaki dengan nasionalisme itu memecah-belahkan umat ke dalam golongan-golongan, yang saling berselisih, saling mendengki, saling memaki dan tuduh menuduh, sebahagian berusaha menjatuhkan yang lain dan berkelompok menurut sistem yang disusun berdasarkan hawa nafsu, maksud-maksud tertentu dan maksud-maksud itu disesuaikan dengan kepentingan peribadi sedang pihak musuh mengambil kesempatan dengan hal itu untuk kepentingannya, sehingga api permusuhan semakin menyala dengan mencerai-beraikan mereka dari kebenaran dan mempersatukan mereka dalam kebatilan serta melarang mereka bersatu dan tolong menolong, maka nasionalisme semacam itu adalah nasionalisme palsu, tidak ada kebaikannya bagi penganjurnya dan tidak pula bagi masyarakat.

Nah, engkau melihat kami sependirian dengan penganjur nasionalisme, bahkan yang ekstrim sekalipun, selama nasionalisme itu berada dalam pengertian yang sihat yang kebaikannya akan dinikmati oleh negara dan bangsa. Dalam pada itu engkau dapat melihat bahawa seruan kepada nasionalisme dengan panjang lebar adalah merupakan bahagian dari ajaran Islam.
Batas Tanah Air Kita
Adapun perbezaan antara kita dan mereka adalah kita menganggap batas tanah air berdasarkan akidah, sedangkan mereka memandangnya berdasarkan batas geografi. Setiap tanah di mana ada seorang muslim yang mengucapkan; La ilaha illallahu, Muhammadun Rasulullah, adalah tanah air kita yang berhak dihormati, disucikan, dicintai dan diperjuangkan kebaikannya. Seluruh kaum muslimin di setiap pelosok bumi ini adalah keluarga dan saudara kita, kita memperhatikan mereka dan merasakan apa
yang mereka rasakan. Sedang penganjur nasionalisme tidaklah demikian prinsipnya. Mereka tidak memperhatikan selain sebahagian kecil dari permukaan bumi ini. Perbezaan yang besar itu tampak, bila satu umat hendak memperkuat dirinya dengan mengambil hak umat lainnya. Kita tidak menyetujui hal itu apalagi bila yang dirugikan adalah umat Islam yang manapun. Yang kita tuju ialah semua kita menjadi kuat. Sedang penganjur nasionalisme memandang hal itu tidak ada salahnya, lalu rengganglah
hubungan dan lemahlah kekuatan, sehingga musuh dapat mengadu domba sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain.
Tujuan untuk Tanah Air Kita
Itulah satu perbezaan. Perbezaan kedua ialah bahawa yang di-tuju oleh nasionalisme ialah membebaskan negerinya. Bila sesudah itu mereka bekerja untuk memperkuatnya, maka yang diperhati-kannya adalah segi kebendaan seperti yang dilakukan oleh orang-orang Eropah sekarang. Adapun kita berkeyakinan bahawa setiap muslim memikul amanah di pundaknya. Dia berkewajiban mengorbankan dirinya, darahnya dan hartanya untuk kepentingan tanah airnya. Itulah petunjuk Allah bagi manusia dengan menganugerahkan cahaya Islam yang dapat mengibarkan bendera Islam ke seluruh pelosok bumi, Dengan itu seorang muslim tidak ada niat untuk mencari harta, kemegahan dan kekuasaan terhadap seseorang dan tidak pula untuk memperhambakan sesuatu bangsa. Yang ditujunya hanyalah redha Allah semata-mata, membahagiakan dunia dengan agama-Nya dan meninggikannya. Hal itulah yang telah mendorong para salaf yang soleh kepada penaklukan suci yang mengagumkan dunia dan melebihi segala penaklukan yang dikenal sejarah, mengenai kepantasan, keadilan, hasil dan kebaikannya.

Rujukan
Tarbiyah Islamiyah dan Madrasah IHAB, karangan SYQ

Monday, October 31, 2011

Hakikat pengorbanan

Perkongsian khutbah Eidil Adha oleh Al Fadil Ust Umar Hj. Saleh beberapa tahun yang lalu.


Semoga bermanfaat.


KHUTBAH 1

الحمد لله القائل

اشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله اللهم صل وسلم على رسولك وحبيبك محمد وعلى أله وأصحابه أجمعين ومن تبعهم باحسان الى يوم الدين.

اما بعد! فيا عباد الله اتقوا الله. أوصيكم ونفسى بتقوى الله واعلموا أن الله مع المتقين .
الله اكبر. الله اكبر. الله اكبر. الله اكبر. الله اكبر. الله اكبر . الله اكبر. الله اكبر. الله اكبر
( yakni 9 x takbir)
و لله الحمد

Sidang hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah !

Saya mengajak diri saya dan sidang hadirin dan hadirat sekalian, marilah kita terus pertingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan terus التزام dan patuh kepada titah perintah Allah serta meninggalkan segala tegahan-Nya. Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sesungguh-sungguh taqwa, sepertimana firman-Nya:

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Marilah juga kita terus memuji dan bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk kita terus hidup dan bersama-sama mera’ikan hari yang penuh barakah dan bahagia ini, iaitu hari Idul Adha atau hari di mana umat Islam yang menunaikan haji berkumpul di mina untuk melontar di jamrah.

Hadirin dan hadirat yang berbahagia,

Dalam kesempatan ini, kita diingatkan dengan peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS dan anaknya Nabi Allah Ismail AS demi mentaati perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim telah menerima perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail, di dalam mimpinya. Dalam suasana taat kepada Allah Subhanahuwataala Nabi Ibrahim rela menyembelih anaknya dan anaknya, Ismail, pun rela untuk disembelih. Kesetiaan mereka, kepatuhan mereka dan pengorbanan mereka telah diabadikan oleh Allah di dalam Al-Qur'an Al-Karim dalam Surah As-Shaffat, ayat 102:

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku, sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!", Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".

Kesabaran, kepatuhan dan pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail, menghadapi ujian yang berat telah dipuji oleh Allah swt dan telah menjadi contoh tauladan kepada umat Islam. Allah swt yang Maha Pengasih telah menggantikan Ismail dengan seekor kambing atau kibas. Firman Allah swt dalam surah Ash shaffat: 102 hingga 106:

Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian. (Iaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim".

Umat Islam disunatkan menyembelihkan haiwan korban pada hari raya haji atau idul adha. Hendaklah korban itu terdiri daripada haiwan ternakan yang dipilih dengan baik. Namun segala pengorbanan hendaklah berdasarkan taqwa kepada Allah swt. Allah hanya menerima pengorbanan dan amalan yang diasaskan di atas asas taqwa kepada-Nya: Firman Allah swt dalam surah Al-Hajj ayat 37:

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.


Hadirin dan hadirat sekelian,

Berhubung dengan hukum menyembelih haiwan korban ini, Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, dalam kitabnya mengenai at-Tadhiyyah adalah memberikan beberapa nohtah:
1. Berkorban, yakni menyembelih haiwan korban, adalah suatu yang disyari’atkan oleh ajaran Islam.
2. Menyembelih haiwan korban hukumnya adalah sunnah, namun amalan ini paling disukai oleh Allah SWT dilakukan pada hari Nahar, yakni pada hari umat Islam yang menunaikan fardhu haji melaksanakan kewajipan melontar jamratul ‘aqabah di Mina.
3. Binatang korban akan datang pada hari Kiamat dengan keadaan sebagaimana ketika disembelih. Justeru itu umat Islam disarankan agar memilih haiwan ternakan yang terbaik untuk dikorbankan. Manakalan menyebelihnya pula perlu disembelih dengan cara yang paling ihsan.
4. Darah haiwan sembelihan yang jatuh, diterima olah Allah swt dahulu, sebelum ianya jatuh ke muka bumi.

Hadirin dan hadirat sekelian,

Daripada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail seperti yang dinyatakan, telah memberikan kepada kita beberapa nilai, pengiktibaran dan pengajaran-pengajaran tentang pengorbanan.

Bahawa, termasuk bahagian daripada sunnah para anbiya’, seseorang muslim dikehendaki mengorbankan sebahagian daripada harta bendanya di jalan Allah SWT. Maksud jalan Allah adalah sangat luas. Ia mencakup segala jenis kebaikan, antaranya: memberikan makan kepada kaum fakir miskin, berdakwah di jalan Allah dan berjihad menentang musuh-musuh Allah.

Para ulama’ telah mencadangkan agar bahawa daging korban diagih-agihkan sebagai sadaqah, sebagai hadiah dan digunakan sendiri oleh tuannya. Ini bermakna Islam sangat mengambil berat tentang hubungan siratulrahim atau keharmonian hubungan sosial semasa manusia. Jika daging itu sampai kepada golongan fakir atau golongan miskin maka ia akan membantu untuk mencukupi keperluan hidup mereka. Jika daging itu sampai kepada golongan yang berada maka ia merupakan satu hadiah yang akan mengukuhkan hubungan kasih sayang dan ukhuwah Islamiyah. Bahkan, betapa Islam mementingkan hubungan harmoni sesama manusia, daging korban itu boleh juga diberikan kepada golongan bukan Islam, sebagaimana yang diputuskan oleh para ahli fiqh. Ini kerana golongan bukan Islam juga merupakan sasaran dakwah Islamiyah.

Hadirin dan hadirat sekelian,

Sesungguhnya di dalam Islam, erti pengorbanan mempunyai dimemsi yang luas. Pengorbanan itu dituntut dalam pelbagai aspek kehidupan orang-orang yang beriman kepada Allah. Tidak akan tertegak amal Islami untuk mengembalikan semula Islam yang telah dihina kepada kedudukannya yang tinggi dan mulia tanpa berkorban. Tidak akan tertegak dakwah Isalmiyah untuk menyeru seluruh manusia supaya kepada din Allah SWT tanpa berkorban. Tidak akan tertegak jihad untuk menentang serangan musuh-musuh Allah seperti serangan dari golongan yahudi, golongan nasrani, gerakan misionary dan serangan orang-orang munafiq tanpa berkorban.

Selain daripada mengorbankan harta benda dan wang ringgit, Islam juga menuntut orang-orang beriman berkorban dalam beberapa aspek yang lain, iaitu:

1. Mengorbankan diri di jalan Allah.

Sesungguhnya Allah SWT menghendaki orang beriman mencagarkan dirinya, di samping hartanya, untuk mendapatkan habuan syurga Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah, ayat 111.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian,

Natijah terakhir bagi mereka yang mengorbankan dirinya di jalan Allah ialah samada mendapat syahid di jalan Allah atau mati di jalan Allah. Sesungguhnya kita semua pasti akan mati, maka kita perlulah merancang kematian kita akan mendapat kematian yang terbaik.

Hadirin dan hadirat sekelian,

Di sini saya ingin menjelaskan perbezaan di antara syahid di jalan Allah dan mati jalan Allah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 157 dan 158:

Dan sungguh jika kamu terbunuh di jalan Allah atau mati, tentulah ampunan Allah dan kasihsayang-Nya lebih baik (bagimu) dari harta yang mereka kumpulkan. Dan sungguh jika kamu mati atau terbunuh, tentulah kepada Allah-lah kamu dikumpulkan.

Menurut Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, terbunuh atau syahid di jalan Allah bermakna terbunuh di tangan musuh Allah di medan jihad di jalan-Nya.

Manakala, mati di jalan Allah bermakna seorang muslim itu mati ketika sedang melakukan amal Islami yang diredhai Allah, seperti berdakwah di jalanNya dan melakukan pelbagai kerja-kerja Islam bertujuan untuk memperkuat atau mengukuhkan Islam.

Samada seseorang itu syahid di jalan Allah atau mati di jalan Allah, maka kedua-dua jenis kematian itu adalah kematian yang mulia. Kedua-keduannya akan mendapat kasih sayang Allah dan keampunan Allah daripada segala dosanya. Justeru itu, hadirin dan hadirat sekelian, hendaklah setiap detik dalam kehidupan kita, sentiasa berada di jalan Allah, di atas jalan dakwahNya. Jangan sekali-kali kita terkeluar daripada jalan dakwahNya kerana kita tidak tahu bilakah kematian itu akan tiba. Inilah yang saya maksudkan dengan kita merancang kematian yang terbaik di sisi Allah SWT.

2. Jenis pengorbanan yang berikutnya ialah mengorbankan waktu dan kesungguhan.

Rasulullah SAW adalah menasihatkan kita, dalam hadithnya (riwayat Al-Hakim), bahawa:



“Manfaatkanlah 5 keadaan sebelum datang 5 (keadaan) yang lain (yakni):
Hidupmu sebelum matimu
Sihatmu sebelum sakitmu
Waktu lapangmu sebelum sebokmu
Mudamu sebelum tuamu
Kayamu sebelum miskinmu”

Hasan Al-Banna pula ada menyatakan, “waktu adalah kehidupan”. Ini bermakna apabila seseorang itu mengsia-sia waktu, bermakna beliau mengsia-siakan kehidupannya. Justeru itu saya menyeru kepada hadirin dan hadirat sekelian, marilah sama-sama kita menguruskan waktu kita di jalan Allah dengan baik seperti untuk mendekatkan diri dengan Allah, berdakwah kepada masyarakat, mendidik anak-anak, menunaikan hak-hak ahli keluarga, menjayakan projek-projek Islam, mencari nafkah hidup dan sebagainya. Kita peruntukan waktu kepada tiap-tiap yang berhak itu akan haknya dengan adil dan bijaksana. Pendek kata seluruh waktu kita dipergunakan untuk perkara-perkara yang bermanfaat untuk Islam dan untuk dakwah Islamiyah.

Janganlah hendaknya kita hanya leka dengan keseronokan dunia dan menggunakan waktu untuk kepentingan peribadi dan keluarga sahaja, dan kita abaikan tugas dakwah kepada masyarakat dan kita membiarkan masyarakat dirosakkan oleh musuh-musuh Islam. Marilah kita sama-sama beringat-ingat akan pesanan Rasulullah SAW (daripada riwayat At-Termizi, yang bermaksud), antara lain:

“Barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, maka Allah akan menjadikan kekayaan di dalam hatinya, mengumpulkan segala urusannya, dan dunia datang kepadanya dengan merendahkan diri. Sedangkan sesiapa saja yang menjadikan dunia sebagai tujuannya maka Allah pasti akan menjadikan kefakiran bertahta di antara kedua matanya, mencerai-beraikan urusannya dan dunia tidak akan datang kecuali yang ditetapkan untuknya sahaja.”

Hadirin dan hadirat sekelian,

Marilah sama-sama kita berkorban sepanjang hayat. Berkorban dalam erti kata yang luas, meliputi pengorbanan harta benda, tenaga, diri sendiri, waktu dan kesungguhan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Juga pengorbanan dalam pelbagai bidang dakwah dan jihad seperti berdakwah kepada masyarakat, mendidik anak dan ahli keluarga, membangunkan pelbagai institusi Islam dan sebagainya.


بارك الله لى ولكم بالقران العظيم ونفعنى واياكم بما فيه من الايات والذكر الحكيم وتقبل منى ومنكم تلاوته انه هو السميع العليم .

أقول قولى هذا وأستغفر الله لى ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات فاستغفروا الله العظيم من كل ذنب انه هو الغفور الرحيم .

Tuesday, October 25, 2011

Islam yang syumul- siri 2

Dalam siri satu yang yang lalu, dapatlah kita fahami bahawa

a. Islam adalah agama Allah yang kekal, bersifat umum dan menyeluruh
kerana Islam diturunkan untuk semua manusia.
b.Daulah dalam Islam adalah daulah fikrah, bukan qaumiah,
bukan jenis dan bukan iklim.
c. Syarat menjadi pemimpin perlu ada kemampuan dan amanah
d. Individu dan pemerintah dalam daulah Islam masing-masing ada peranan yang perlu dimainkan.

Dalam siri kali ini pula akan dihuraikan takrifan watan dan ummah pula.

Islam adalah watan:
Islam adalah watan, sebagaimana yang diterangkan oleh IHAB
adalah bermaksud bahawa Islam telah menerangkan pengertian watan, dan
watan bagi seorang muslim ialah semua negara Islam (Darul Islam). Yang
dimaksudkan dengan negara Islam pula ialah: seluruh iklim yang dialami oleh
orang Islam, kekuasaan dalam iklim tersebut adalah di tangan orang Islam dan
mereka melaksanakan hukum-hukum Islam dalam iklim itu. Tiap-tiap individu
muslim adalah berkewajipan mempertahankan dan menghalang musuh dari
merampas Darul Islam. Kewajipan ini adalah merupakan hak sebuah Darul
Islam terhadap seoang Muslim.


Islam adalah ummat:
Ummat yang dimaksudkan oleh IHAB di sini ialah suatu jamaah
manusia yang disatukan oleh suatu ikatan. Ikatan ini menjadikan mereka suatu
jamaah yang berbeza dari jamaah-jamaah lain, bersatu dan bertaut antara sesama
mereka dan ingin hidup bersama dengan penuh harmoni.
Islam membangunkan ummat ini di atas asas aqidah Islamiah. Aqidah
adalah ikatan yang paling kuat dan abadi. Setelah manusia terjalin dalam ikatan
aqidah Islamiah, perbezaan jenis, bahasa atau iklim tidak lagi menjadi suatu hal
yang penting. Dengan aqidah Islamiah sahaja sudah cukup untuk membentuk
suatu ummat. Sesuatu yang lain dari aqidah Islamiah tidak akan mampu untuk
membina suatu ummat. Dalam Al-Quran Allah berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

“Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara.” (S 49:10).

FirmanNya lagi:

إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ
“Sesungguhnya inilah ummat kamu, ummat yang satu, dan Aku Tuhan kamu, maka sembahlah Aku. “
(S 21:92)

Semoga bermanfaat.

w/a

Sunday, October 23, 2011

Islam yang syumul- siri 1

Assalamu'alaikum wbth,

Saya memohon berbanyak maaf kerana hampir 2 bulan tidak aktif menulis di dalam blog ini. Ini kerana ada tugasan lain yang tidak dapat dielakkan. Doakan agar saya dapat terus istiqomah menulis dan berkongsi bahan dengan ada semua.

Tema pemulisan saya kali ini ialah ingin berkongsi bahan berkaitan huraian Islam yang syumul. Umat Islam hari ini mempunyai takrifan yang berbeza-beza terhadap hakikat Islam. Justeru itu, saya ingin memetik huraian Islam yang syumul ini yang dipetik daripada syarah usul isyrin al Iraqi, susunan Dr Abd Karim Zaidan yang ditulis puluhan tahun yang lalu. Ulasan beliau ringkas dan padat. Mudah difahami oleh semua lapisan, insha Allah.

Menurut IHAB:
اَلإِسْلاَمُ نِظَاْمٌ شَاْمِلٌ يَتَنَاْوَلُ مَظَاْهِرَ اْلحَيَاْةِ جَمِيْعًا فَهُوَ دَوْلَةٌ وَوَطَنٌ أَوْ حُكُوْمَةٌ وَأُمَّةٌ، وَهُوَ خُلُقٌ وَقُوَّةٌ أَوْ رَحْمَةٌ وَعَدَاْلَةٌ، وَهُوَ ثَقَاْفَةٌ وَقَاْنُوْنٌ أَوْ عِلْمٌ وَقَضَاْءٌ، وَهُوَ مَاْدَةٌ وَثَرْوَةٌ أَوْ كَسْبٌ وَغِنَى، وَهُوَ جِهَاْدٌ وَدَعْوَةٌ أَوْ جَيْشٌ وَفِكْرَةٌ، كَمَاْ هُوَ عَقِيْدَةٌ صَاْدِقَةٌ وَعِبَاْدَةٌ صَحِيْحَةٌ سَوَاْءً بِسَوْاءٍ.

Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah
negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau
rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan
kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah
atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Dr Abd Karim Zaidan menghuraikan setiap satu istilah-istilah yang dikemukakan oleh IHAB.
Huraian Islam adalah menyeluruh:-

Islam adalah agama Allah yang kekal, bersifat umum dan menyeluruh
kerana Islam diturunkan untuk semua manusia, ini jelas dibuktikan oleh firman
Allah:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا آَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَآْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
(28)
“Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia seluruhnya
sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi ingat”. (S 34: 28)

Menyeluruh kerana Islam menghukum seluruh urusan hidup manusia,
menghukum segala sesuatu yang dilakukan oleh manusia dan perkara yang
bersangkut dengan apa yang mereka lakukan. Ini dibuktikan oleh firman Allah:
( مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ ( 38
“Tiadalah kami alpakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab” (S 6:38)
dan firman Allah:
( وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ ( 89
“Untuk menjelaskan segala sesuatu”(S 16:89)


Huraian Islam itu adalah negara

Islam adalah negara, sebagaimana yang diterangkan oleh IHAB adalah
bermaksud bahawa Islam telah menyentuh hukum-hukum yang menitik
beratkan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan
hubungan manusia dengan Allah, malah Islam juga menyusun hubungan antara
sesama manusia, hubungan individu dengan jamaah, hubungan jamaah dengan
jamaah yang lain. Jamaah ini pula memilih suatu sistem siasah yang didokong
oleh negara, manakala negara pula mempunyai seorang ketua yang dikenal:
dalam istilah fiqah sebagai imam atau khalifah. Islam telah menerangkan asas
bagi sebuah negara, cara memilih khalifah, menerangkan hak individu terhadap
negara, demikian juga hak negara terhadap individu. Dalam zaman moden ini
kajian dan perbincangan yang lengkap dalam persoalan negara dan
hubungannya dengan individu adalah dibincangkan dalam undang-undang
perlembagaan dan undang-undang perlembagaan adalah merupakan salah satu
dari cabang undang-undang.

Negara (daulah) menurut pandangan Islam adalah negara fikrah, fikrah
Islamiah. Oleh itu daulah dalam Islam adalah daulah fikrah, bukan qaumiah,
bukan jenis dan bukan iklim.

Ketua negara dipilih melalui orang-orang Islam sesuai dengan syaratsyarat
tertentu. Syarat-syarat ini tersimpul dalam dua sifat: kemampuan dan
amanah. Tujuan dan perlantikan ketua negara ialah untuk melaksanakan syariat
dan membimbing manusia untuk melakukannya.

Kedudukan dan peranan individu dalam negara Islam amatlah menonjol
dan berfungsi, tidak dipendap dan diabaikan. Individu adalah
bertanggungjawab terhadap perjalanan negara agar tidak menyeleweng dan
bertanggungjawab terhadap ketua negara agar beliau menunaikan
kewajipannya. Atas dasar ini, individu adalah berhak mengawasi, memberi
nasihat, memberi petunjuk dan mengkritik. Manakala pihak negara pula adalah
bertanggungjawab terhadap individu, bertanggungjawab dalam memberikan
jaminan hidup yang mulia kepada individu.


Semoga bermanfaat.

w/a

Wednesday, August 31, 2011

Ke mana kita selepas Ramadan?

Assalamu'alaikum wbth,

Tahniah kepada shbt yang sudah berjaya melalui madrasah Ramadan dengan jayanya. Eid Mubarak.


Taqabbalallahu minna wa minkum, siyamana wa siyamakum

Selamat menghabiskan puasa sunat 6 shawwal, insha Allah.

Diriyawatkan drpd Abu Ayyub Al Ansari ra, bahwasanya Nabi SAW bersabda:
`Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan enam hari bulan Shawal, maka seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang masa(setahun)'

Menurut huraian daripada kitab Fiqh Sunnah karangan Sayyid Sabiq, pahala setahun itu diperolehi daripada formula berikut:

Setiap kebaikan akan diberikan ganjaran 10x lipat.
~ Jika 1 bulan, ianya akan menjadi 10 bulan.
~ Jika 6 hari puasa sunnat = 60 hari = 2 bulan.

Oleh itu, 10 BULAN + 2 BULAN = 12 BULAN = 1 tahun.

Sebagai penutupnya,

Mari teruskan diri kita dgn ‘amal dlm Ramadan agar berterusan

Sunday, August 28, 2011

Eid Mubarak!

Salam,

Sahabat-sahabat sekalian,

1. Selamat menyongsong fajar satu Syawal. Semoga kita benar-benar meraih darjat taqwa. Taqabbalallahu minna wa minkum, siyamana wa siyamakum

2. Anjuran menghidupkan malam hari raya.

Diriwayatkan daripada Abu Umamah ra. Daripada Ar Rasul SAW sabdanya:

Barangsiapa bangun beribadah pada malam dua hari raya dengan mengharapkan redha Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hati matinya hati.
HR At Tobrani
3. Ulangkaji adab dan amalan pada hari raya

a. Mandi, memakai wangian dan pakaian cantik
b. Makan sebelum keluar solat
c. Pergi solat hari raya
d. Mengambil jalan pergi dan pulang yang berbeza daripada masjid
e. Berhibur syar’i dan menjamu selera
f. Sunat ucap tahniah dan Taqabbalallahu minna wa minkum
g. Bertakbir
h. Menghidupkan malam hari raya.

Maaf Zahir Batin

Thursday, August 25, 2011

Bagaimana mengelakkan futur selepas Ramadan?

Assalamu'alaikum wbth,

Tahniah kepada shbt yang sedang giat menghidupkan 10 akhir Ramadan, semoga istiqomah. Tema perbincangan pada minggu ini berkisar mengenai post mortem Ramadan, iaitu bagaimana nak mengelakkan berlakunya futur selepas Ramadan.

Dr Sayyid Nuh di dalam kitabnya afatun ‘ala toriq mentakrifkan bahawa Futur bererti berhenti setelah beramal atau diam setelah bergerak. Futur juga bererti malas berkerja dan lemah.
Fenomena inilah yang berlaku kepada kebanyakan kita selepas Ramadan. Setelah giat beramal di dalam Ramadan, berlaku kemerosotan mendadak.

Kenapa berlaku perubahan mendadak dlm ketaatan?

1. Ada kemungkinan kurang ikhlas dlm laksana ibadah dlm bulan puasa.


Ikhlas perlulah dibina dan dikawal supaya ia hadir dalam semua kerja yang kita lakukan.

Firman Allah swt. :

“ Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.“

(Surah al Bayyinah : 5 )

2. Ada kemungkinan kerana kurang tumpuan, menyebabkan hati kurang terkesan.

a.Diri jadi semakin jauh drpd Allah SWT.
b.Ramai yang baca Quran, tetapi tiada tumpuan.


3. Kurang sikap kesederhanaan dalam melakukan amalan.
a. Jadi `overdo’, ini bagi kesan kepada jiwa dari segi ketahanan
b. Jiwa lemah, dan mudah dikuasai oleh syaithan
c. Selepas bertungkus lumus dlm bulan ramadan, jiwa exhausted, jiwa jadi nak relaks.


Bagaimana nak ubati futur jiwa?
1. Didik sentiasa ikhlas dlm ber’amal
a. Lakukan kerana Allah
b. Harap redha Allah semata-mata


2. Perlu sentiasa usaha utk pusatkan tumpuan dlm ber’amal.
-Yang penting ialah konsistensi


3. Sentiasa berada bersama-sama orang soleh


Kesimpulan

Teruskan diri kita dgn ‘amal dlm Ramadan agar berterusan melalui perancangan di dalam unit-unit halaqah anda.
i. Qiyamullail
ii. Baca Quran
iii. Sedekah
iv. Puasa sunat 6 Shawwal

Semuanya ini adalah bekal untuk kita melakukan amar makruf, nahi munkar dan jihad fi sabilillah.

Saturday, August 20, 2011

Pecutan 10 malam terakhir Ramadan

Assalamu'alaikum wbth,

Marilah kita bersyukur kepada Allah kerana kita dipanjangkan umur dan diberi kesempatan lagi oleh-Nya untuk terus berubudiyah kepada Allah khasnya di dalam bulan Ramadan al mubarak yang kini telah masuk dalam bahagian akhir bagi tahun ini.


Sememangnya dalam bulan Ramadan ini Rasul SAW banyak berdo’a di samping ibadah dan kerja-kerja makruf yang dilipatgandakan semata-mata mencari redha Ilahi.

Rasul SAW juga menggalakkan umatnya berdo’a di masa iftar serta menjelaskan yang do’a pada masa itu akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Sabda Rasul SAW:

Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika ia berbuka terdapat do’a yang tidak ditolak.’
HR Ibnu Majah
Allah memberi jaminan bahawa Allah sentiasa depat dengan hamba-hambanya. Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah 186


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Terdapat di dalam sunnah Rasul SAW bahawa Rasul SAW
Melipatgandakan ibadah kepada Allah khususnya di bahagian 10 hari akhir daripada Ramadan. Tumpuan khusus dalam hidupkan malam Ramadan dengan melakukan perkara-perkara berikut:
Solat
Tilawah quran
Dikrullah
Istighfar
Do’a
dan I’tikaf

Baginda Rasul SAW mengejutkan ahli-ahli keluarganya agar sama-sama bangun melaksanakan ihya malam Ramadan.

Sabda Rasul drpd Aishah r.ha:

Adalah Rasul SAW apabila menjelang 10 hari yang akhir daripada bulan Ramadan, maka baginda menghidupkan malam-malam Ramadan dengan mengejutkan ahli keluarganya bangun beribadah kepada Allah. Dan baginda tidak mendekati isteri-isteri baginda di dalam lingkungan masa tersebut.

Saudara dan saudari sekalian,

Bagi kita ummat Nabi Muhammad SAW, sewajarnya kita mencontohi kepada Rasul SAW; kerana di bahagian akhir Ramadan ini terdapat satu malam yang dikenali sebagai malam Qadr, yang kelebihannya melebihi seribu bulan.

" Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur'an pada " Lailatul qadr". Tahukah kalian apakah " Lailatul qadr" ?. Itulah malam yang lebih utama daripada seribu bulan" (SURAH. Al Qodr : 1-3)
Keutamaan Lailatul qadr
Ayat yang disebutkan di atas jelas menunjukkan nilai utama bagi malam " Lailatul qadr". Anas bin Malik ra menyebutkan bahawa yang dimaksud dengan keutamaan disitu adalah bahawa amal ibadah seperti solat, tilawah al-Qur'an, dzikir serta amal masyarakat (seperti sadaqah dan zakat), yang dilakukan pada malam itu lebih baik dari seribu bulan berbanding malam-malam yang lain. Dalam riwayat lain Anas bin Malik juga menyampaikan keterangan Rasulullah SAW bahawa `sesungguhnya Allah mengurniakan " Lailatul qadr" untuk umatku, dan tidak memberikannya kepada umat-umat sebelumnya.’

Sementara berkenaan dengan ayat 4 surah al-Qadr, Abdullah bin Abbas ra menyampaikan sabda Rasulullah bahawa pada saat terjadinya Lailatul qadr, para malaikat turun ke bumi menghampiri hamba-hamba Allah yang sedang qiamullail, atau melakukan dzikir, para malaikat mengucapkan salam kepada mereka. Pada malam itu pintu-pintu langit dibuka, dan Allah menerima taubat dari para hambaNya yang bertaubat.

Dalam riwayat Abu Hurairah ra, seperti dinyatakan oleh Bukhori, Muslim dan al Baihaqi, Rasulullah SAW juga pernah menyampaikan , "barang siapa melakukan qiam ( solat malam) pada Lailatul qadr, atas dasar iman serta semata-mata mencari keridhaan Allah, maka Allah akan mengampuni dosa-dosa yang pernah dilakukannya".

Hukum "Mencari" Lailatul qadr.

Umar pernah menyampaikan sabda Rasulullah SAW : " Barangsiapa mencari Lailatul qadr, hendaklah ia mencarinya pada malam kedua puluh tujuh" (HADITH RIWAYAT. Ahmad). Maka para ulama' berkesimpulan bahawa berusaha mencari Lailatul qadr hukumnya mustahabbah (disunatkan) .

Bilakah terjadinya Lailatul qadr?

Lailatul qadr terjadi pada malam-malam ganjil disepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Aisyah dari sabda Rasululah SAW: "Carilah Lailatul qadr pada malam-malam ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan" (HADITH RIWAYAT. Bukhori, Muslim dan Baihaqi)

Tanda-tanda terjadinya Lailatul qadr
Seperti diriwayatkan Oleh Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: " Pada saat terjadinya Lailatul qadr itu, malam terasa jernih, terang, tenang, cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan".

Apa yang perlu dilakukan pada Lailatul qadr dan agar dapat mencari Lailatul qadr?

1. Lebih bersungguh-sungguh dalam menjalankan semua bentuk ibadah pada hari-hari Ramadhan, menjauhkan diri dari semua hal yang dapat mengurangi keseriusan beribadah pada hari-hari tersebut. Di samping itu seseorang muslim itu disarankan untuk mengajak ahli keluarganya Hal inilah yang ditunjukkan Rasulullah SAW.

2. Melakukan i'tikaf dengan dengan sekuat tenaga. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

3. Melakukan qiamullail secara berjama'ah bersama imam, sehinggalah rakaat terakhir, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dzar ra.

4. Memperbanyak do'a memohon ampunan dan keselamatan kepada Allah dengan lafaz : "Allahumma innaka 'afuwun tuhibul afwa fa'fu 'anni". Hal inilah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Aisyah ra ketika beliau bertanya : ' wahai Rasulullah, bila aku ketahui kedatangan Lailatul qadr, apa yang mesti aku ucapkan"? (HADITH RIWAYAT. Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Mencari " Lailatul qadr" bagi Muslimah
Sebagaimana tersirat dari dialog Rasulullah SAW dengan Aisyah, isteri beliau itu, maka mudah disimpulkan bahawa kaum muslimah-pun disyari'atkan dan diperbolehkan mencari Lailatul qadr dengan melakukan semaksima mungkin ibadah pada malamnya.

Demikianlah panduan ringkas ini, mudah-mudahan pada bulan Ramadhan tahun ini Allah memperkenankan kita dengan " Lailatul qadr", malam yang utama dari 1000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun itu.


Saudara-saudari sekalian,


Firman Allah dalam surah Al Baqarah : 197

Carilah bekalan; sebaik-baik bekalan ialah bekalan TAQWA.


Sebagai akhirannya poin yang ingin disentuh ialah berkaitan dengan kejayaan ibadah Ramadan.

Taqwa adalah hasil kejayaan puasa.
Puasa akan memantapkan keimanan kepada Allah SWT sehingga menjelma keimanan itu menjadi ketaqwaan.

Allah dalam firman-Nya yang ertinya:

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa (SURAH 2:183).

Hasil dari ketaqwaan itu membuah tiga perkara:

Pertama, mencegah diri dari segala perbuatan keji dan dusta. Hadits riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dinyatakan bahawa Allah SWT tidak menerima puasa seseorang yang tidak meninggalkan perkataan dusta, hadits tersebut ertinya:

Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang keji (dusta) dan melakukan kejahatan, Allah tidak akan menerima puasanya, sekalipun ia telah meninggalkan makan dan minum.

Kedua, mempunyai ketahanan rohani yang kuat sehingga dia menjadi orang yang mampu menjaga dan mencegah dirinya dari dosa.

Rasulullah SAW bersabda yang ertinya:
Puasa adalah perisai dari api neraka seperti perisai seseorang di antara kamu dalam perang (HADITH RIWAYAT. Ahmad, Nasa’I, Ibnu Majah, Ibnu Hibban).

Ketiga, selalu terangsang untuk berbuat baik, kerana ibadah Ramadhan akan selalu mendidik seseorang untuk melakukan kebaikan, baik terhadap Allah SWT mahupun terhadap sesama manusia. Akan timbul lima kemampuan dan kelebihan.

1. Rasa dekat kepada Al-Qur’an.Seronok membaca, memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.

2. Rasa dekat hubungan kepada Allah SWT, seorang muslim tidak berani melanggar perintah dan larangan Allah.

3. Rasa pentingnya berdo’a kepada Allah kerana kita menyedari bahawa kita adalah makhluk yang lemah dan amat mengharap pertolongan Allah.

4. Kemampuan membezakan antara yang haq dan yang batil.

5. Menyedari pentingnya kebersamaan dengan sesama muslim, kerana dengan puasa kita dapat membayangkan bahkan dapat merasakan bagaimana penderitaan mereka yang susah dan miskin sehingga kita menyadari kewajipan bersatu dan saling tolong menolong.
Penutup

Profesor Muhammad Qutb di dalam kitabnya Manhaj Tarbiah Islamiah pernah membuat bandingan dan perumpamaan bahawa ibadah khusus dalam islam seperti puasa, zakat haji dan adalah ibarat mahattat(stesyen) bagi orang yang bermuasafir mengambil bekalan(zat) bagi meneruskan perjalanan yang jauh. Tiada perjalanan yang lebih jauh daripada perjalanan utnuk balik ke alam akhirat, yang kita tidak tahu hujungnya. Ingatlah, sebaik-baik bekalan ialan bekalan at-Taqwa. Maknanya kita tidak menjadikan Ramadan sebagai matlamat, ketika bulan ini sahaja rajin beribadah. Di bulan yang lain, kita jadi lemah dan tidak bermaya dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT.

Semua kita semua berjaya menjadi insan yang bertaqwa lagi soleh insha Allah.

Firman Allah dalam surah Al A’raf: 96


Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

Friday, July 29, 2011

Sasaran aktiviti sepanjang Ramadan 1432H

Assalamu'alaikum wbth,
1. Apa yang paling berharga yang boleh kita perolehi dari Ramadan kali ini? Pertanyaan ini penting kerana dari situ kita akan dapat gambaran yang jelas tentang prestasi saum kita. Jangan sampai ibadah saum kali ini ternyata tidak berbekas sama sekali.

Sabda Nabi
ر ب صا ئىم ليس له من صيا مه الأ الجو ع و ر ب قا ئم ليس له من قيا مه الأ الشهر
Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan berapa ramai orang yang beribadah malam tidak mendapat apa-apa dari ibadahnya kecuali berjaga malam. HR Ibnu Majah

2. Sebelum masuknya kita ke bulan Ramadan yang mulia ini marilah sama-sama kita mempunyai sasaran yang dapat diukur sepanjang bulan yang berkat ini.

2.1 Senarai semak sasaran Ramadan kita kali ini:

Al Quranul karim
~Membaca berapa kali khatam dalam satu bulan?
~Murajaah hafalan: berapa juz?
~Menghafal: berapa rubu’?

Solat
~Solat subuh
~Selain subuh, tepat waktu?
~Solat sunat terawikh
~Solat sunat muakkadah : 12 rakaat
~Solat Dhuha

Pergaulan di bulan Ramadan

~Mempererat hubungan
~Menemukan sahabat baru
~Berkenalan dengan orang banyak

Di jalan Allah SWT

~Bantuan
~Terhadap tetangga dan kaum kerabat
~Tolong menolong, erat hubungan, kunjung mengunjung
~Di rumah wajah berseri , berbicara dengan lembut, menolong dalam hal ketaatan

Pengetahuan di bulan Ramadan

~Buku yang dibaca semasa bulan Ramadan
~Tafsir; nama surahnya
~Akhlaq terpuji semasa Ramadan
~Akhlaq terpuji yang diperolehi semasa Ramadan
~Akhlaq tercela yang dihilangkan selama Ramadan

Kedermawanan

~Projek kebaikan untuk umum
~Zakat fitrah
~ Sadaqah


3.0 Kesimpulan
Puasa yang efektif akan melahirkan peribadi-peribadi yang bertaqwa kepada Allah SWT.

…..Apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan berbekallah dengan secukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu adalah taqwa: dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)
Al-Baqarah : 197

Wednesday, July 27, 2011

Sistem Universiti Ramadan



Assalamualaikum wbth,

Sistem madrasah Ramadan dan hadiah –hadiah lumayan. Antara amalan-amalan yang dianjurkan oleh kita ialah:
1.Bersolat secara berjemaah
2.Membaca al quran yang penuh keberkatan
3. Berusaha melakukan amalan yang berfaedah
4. Mengambil berat hal ehwal masyarakat melalui amalan yang soleh
5. Menafkahkan harta-harta yang halal yang Allah berikan kepada mereka
6. Beribadah malam hari dengan mengerjakan solat terwikh dan menghidupkan malam Qadr
7. Mengeluarkan zakat fitrah
8. Menghubungkan silaturrahim
9. Berdo’a kebaikan untuk diri sendiri, pasangannya, ibubapa, dan orang-orang mukmin

Pada setiap 10 hari dalam bulan Ramadan ada jadual dan perjanjian tamatnya setiap peringkat
daripada beberapa peringkat ujian, dan pada setiap peringkat diumumkan keputusan-keputusannya:-

1.Pada sepuluh hari pertama bulan Ramadan, diserahkan sijil rahmah
2. Pada pertengahannya iaitu sepertiga yang kedua diserahkan sijil maghfirah
3. Pada akhirnya, iaitu sepertiga yang ketiga diserahkan sebesar-besar sijil iaitu pembebasan daripada api neraka.

Rujukan:
Madrasah Ramadan, Dr. Muhammad Ali Dannawi

Friday, July 22, 2011

Tamrin Madrasah Ramadan 1432H

Assalamu'alaikum wbth,

Ramadan kareem!

Ibadah kedua yang diwajibkan oleh Allah SWT ialah puasa. Sebagaimana halnya solat, ibadah ini juga diwajibkan dalam syariat semua rasul-rasul yang sebelum ini.

Mengapa puasa diwajibkan?

i.Tujuan perhambaan seumur hidup kepada Allah SWT
ii.Ibadat: Latihan perhambaan
iii. Puasa adalah ibadah yang tersembunyi
iv. Puasa tanda kekuatan iman
v.Latihan terus menerus sebulan penuh
vi.Latihan kepatuhan yang lama
vii.Situasi lingkungan yang sangat menunjang untuk tadrib(latihan)

Huraian:

i. Tujuan perhambaan seumur hidup
- Tujuan Islam yang sebenarnya ialah menjadikan seluruh hidup manusia beribadat kepada Allah SWT. Manusia lahir sebagai hamba kepada Tuhannya. Justeru itu manusia tidak boleh bebas sedikitpun dari ibadat, perhambaan kepada Allah SWT dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. Dalam setiap tingkah laku hidupnya, manusia perlu memeriksa jalan yang mana yang harus dilaluinya agar dapat mencapai redha Allah, dan ia juga perlu mengenalpasti jalan yang manakah yang perlu dijauhi agar tidak terkena murka dan kutukan-Nya. Pendekata, apabila seluruh hidupnya telah diwarnai dengan warna yang demikian, barulah ia dianggap telah melaksanakan kewajipan perhambaannya kepada Allah seperti yang terkandung dalam ayat:

`Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya berubudiyah kepada-Ku’
51:56


ii. Ibadat: Latihan perhambaan
Tujuan sebenar kewajipan2 deen seperti solat, haji, puasa dan zakat adalah untuk melatih kita menjalankan ibadah yang besar. Pekerjaan-pekerjaan tersebut adalah WAJIB. Apabila anda telah mengerjakan ruku’ dan sujud selama 5x sehari, menanggung lapar dan haus selama 30 hari di bulan Ramadan, dan bila kita kaya, telah mengeluarkan zakat dan menunaikan haji sekali seumur hidup; kita merasakan yang anda telah selesai menunaikan kewajipan anda terhadap Allah. Dan tidak juga bererti bahawa setelah melakukan itu semua lalu anda bebas dari PERHAMBAAN kepada Allah dan boleh berbuat apa sahaja yang kita suka. Walhalnya tujuan utama diwajibkan keWAJIPAN2 deen adalah untuk melatih kita dengan cara yang demikian rupa agar kelak kita mampu mengubah seluruh hidup kita menjadi suatu IBADAH yang tetap teratur kepada Allah. Marilah sekarang kita mengingati tujuan ini. Kita melihat bagaimana puasa mempersiapkan manusia untuk melaksanakan ibadah yang fulltime ini.

iii.Puasa adalah ibadah yang tersembunyi
Semua kewajipan agama selain puasa dilaksanakan dengan suatu perbuatan atau gerakan lahiriyah yang tertentu, yang boleh dilihat oleh mata kasar. Misalnya dalam solat, ketika duduk, berdiri, ruku’ dan sujud, setiap orang boleh melihatnya; dalam ibadah haji, orang bermusafir jauh bersama-sama dengan puluhan ribu orang lain, orang yang lainnya dapat menyaksikannya. Apabila kita mengerjakannya, orang lain pasti akan tahu; juga bila kita tidak mengerjakannya di depan orang lain, orang pun akan tahu juga bahawa kita tidak mengerjakannya. Puasa berbeza dengan ini, kerana puasa adalah IBADAH yang tidak nampak nyata. Hanya Allah yang Maha Mengetahui yang tahu bahawa seseorang itu berpuasa atau tidak.

iv. Puasa: Tanda kekuatan iman
Sentiasalah disemat dalam minda kita dan renungkanlah betapa kuatnya iman orang yang berpuasa kepada Allah SWT. Apabila Seorang hamba itu benar-benar berpuasa, ia tidak akan makan dan minum apa pun secara sembunyi-sembunyi sebelum waktu berbuka. Dalam cuaca yang panas dan keras sekalipun. Atau ketika kerongkong terasa kering dan haus yang bersangatan, kita tidak akan meminum air walau sedikitpun. Lihatlah betapa kuatnya keyakinannya bahawa tak ada satupun perbuatannya yang tersembunyi dari mata Allah, walaupun kita dapat menyembunyikan dari seluruh mata dunia. Betapa hatinya dipenuhi rasa takut kepada Allah, sehingga ia mahu menghadapi bahaya mati kelaparan demi menjalankan perintah Allah, dan tidak mahu melakukan sesuatu yang dapat membatalkan puasanya! Betapa dalam keyakinannya akan pahala dan hukuman di akhirat nanti, selama 1 bulan penuh ia berpuasa, dan tidak pernah sedetikpun keraguan tentang kehidupan selepas mati memasuki hatinya. Seandainya ia ragu tentang hakikat hidup sesudah mati, di mana pahala dan hukuman akan diberikan, pasti ia tidak akan mampu menyelesaikan puasanya.

v. Latihan terus menerus sebulan penuh
Dengan cara ini Allah SWT menguji iman seorang Muslim selama sebulan penuh, dalam 1 tahun. Apabila ia lulus dalam ujian ini maka imannya akan menjadi lebih kuat. Jadi puasa adalah sekaligus cubaan dan latihan. Apabila anda percaya kepada seseorang, maka seolah-olah anda menguji integritinya. Bila ia terbukti lulus dalam ujiannya dan tidak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya, maka kekuatannya untuk menanggung beban amanah akan menjadi lebih kuat, dan ia akan menjadi lebih layak untuk memikul amanah. Sama halnya dengan Allah SWT, Allah menguji iman anda dengan ujian yang keras selama 1 bulan penuh, 12-14 jam dalam sehari. Dan bila anda lulus ujian ini, maka akan tumbuh dan berkembang kemampuan untuk menahan diri dari dosa-dosa yang lain, kerana takut kepada Allah.

Firman Allah SWT:

`Wahai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang2 yg sebelum kamu, agar kamu berTAQWA’
2:183

vii.Latihan kepatuhan dalam suatu jangkamasa yang lama
Puasa memaksa seseorang untuk mematuhi syariat Allah secara terus menerus, tanpa henti dalam jangka waktu yang lama. Lamanya waktu untuk mengerjakan solat hanyalah beberapa minit sahaja. Waktu membayar zakat hanyalah sekali dalam setahun. Haji memang memerlukan waktu yang lama, tetapi hal itu hanya diwajibkan 1x dalam seumur hidup, dan juga hanya bagi orang yang mampu shj. Tetapi puasa berbeza dengan itu semua, kerana puasa adalah suatu latihan untuk kita mengikuti syariat Ar-Rasul SAW dalam waktu 1 bulan penuh dalam setahun, siang malam. Anda perlu bangun awal pagi sebelum Fajar untuk bersahur, berbuka pada waktu Maghrib tepat pada waktunya, makan dan berehat sebentar, kemudian terus bergegas untuk solat Terawikh. Dengan cara yang sebegini, setiap tahun dalam waktu 1 bulan penuh, dari subuh hingga waktu Maghrib, dan dari Maghrib sampai waktu pagi, seorang Muslim diikat terus menerus seperti seorang perajurit. Kemudian selepas itu ia dilepaskan selama 11 bulan untuk mempraktikkan dan menunjukkan hasil-hasil yang diperolehinya selama latihan tersebut.

viii.Situasi yang sangat menunjang untuk training
Latihan yang seperti ini tidaklah efektif bila dilakukan oleh individu secara terpisah-pisah. Misalnya, parade tidak dikerjakan secara sendiri2 oleh perajurit. Seluruh perajurit perlu bangun di saat trompet dibunyikan agar mereka dibiasakan bekerja dalam satu kumpulan dan saling bantu membantu dalam menjalankan latihan. Apa yang kurang dalam diri perajurit itu ditampung oleh parajurit yang lain. Samalah halnya , bulan Ramadan telah dijadikan waktu berpuasa dan semua orang Islam diperintah untuk berbuka bersama-sama. Perintah ini mengubah ibadah individual menjadi ibadah kolektif. Sebagaimana halnya bila dikalikan nilai 1 trilion maka hasilnya akan menjadi setrilion, demikian juga keuntungan moral dan spiritual dari puasa, yang dilakukan oleh 1 bilion orang, akan menjadi 1 billion kali lipat bila puasa dilakukan oleh 1 bilion orang bersama-sama. Bulan Ramadan mengisi seluruh suasana kesalihan dan kebajikan. Di lingkungan seluruh bangsa, kesalihan tumbuh dengan subur. Setiap orang tidak hanya cuba menghindari dosa, tetapi juga berusaha membantu saudara2nya yang dalam kesusahan dalam menjalankan puasanya. Setiap orang merasa malu dalam berbuat dosa. Sebaliknya semua terdorong untuk berbuat kebaikan, untuk memberi makanan kepada orang miskin, memberi pakaian kepada orang yang tidak punya pakaian, memberi makan kepada orang miskin, ikut serta dalam kebaikan yang dilakukan di mana sahaja, dan mencegah kejahatan yang dilakukan secara terang2an.

`Setiap perbuatan manusia memperoleh pahala dari Tuhannya. Satu perbuatan baik diberi pahala 10 – 700 kali lipat. Akan tetapi Allah mengatakan: Puasa itu khusus bagi-Ku, dan aku memberinya pahala sebanyak yang Aku kehendaki’
Al-hadith
Daripada hadith ini, dapatlah kita ketahui bahawa semua perbuatan yang baik berkembang pahalanya menurut proportion niat serta manfaat yang dihasilkannya, tetapi semua perbuatan itu mempunyai batas pahalanya. Akan tetapi dalam hal puasa perkembangannya tidak terbatas. Semakin banyak kita mengerjakan perbuatan baik dengan ikhlas di bulan ini, semakin besarlah pula BERKAH yang akan kita perolehi. Dan jika kita memelihara efek2 bulan puasa ini selama 11 bulan berikutnya, maka kebun kebajikan ini akan terus berkembang dan berlanjutan. Mengapa kita hanya membatasi kebaikan dan perbuatan baik ini setelah Ramadan?

DI MANAKAH NATIJAH IBADAH ITU SEKARANG?

Setelah kita mendengar huraian hasil2 puasa tersebut, kita akan tertanya-tanya: di manakah natijah puasa itu sekarang? Kita berpuasa, solat serta berdoa, akan tetapi natijahnya tidak kita rasai dan nampak. Antara sebabnya ialah kita melaksanakan Islam itu secara terpisah-pisah dan menggantikannya dengan hal-hal yang di luar Islam. Justeru itu kita tidak dapat melihat hasil yang sebenarnya.
Di samping itu sebab yang kedua ialah kerana pandangan kita mengenai hakikat IBADAH telah berubah.. Sekarang kita menyakini bahawa puasa hanya sekadar menahan diri dari makan dan minum, dari pagi hingga ke petang. Walhal anda tidak menyedari akan ruh IBADAH yang perlu menjiwai setiap tindakan dan perbuatan anda.

Sebab itulah ibadah2 yang kita lakukan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana di dalam Islam, sesuatu itu bergantung kepada NIAT, PEMAHAMAN DAN WAWASAN.

Rujukan:
Dasar-dasar Islam oleh maududi ms. 155

Saturday, July 16, 2011

Ahlan wa sahlan ya Ramadan

Kualiti da'i Siri 8 bahagian vi




Assalamu'alaikum wbth,

Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,

Sama-samalah para mahasiswa yang ada mula membuat persiapan untuk masuk ke dalam tamrin Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Menurut SMMashyur di dalam kitab Zaadu a'la at toriq: apabila disebut Ramadan seolah-olah anda dingingatkan tentang sebuah kebun yang semerbak wangi yang dilalui oleh seorang Muslim. Ia dalam perjalanan di tengah-tengah padang pasir kehidupan yang bahang panasnya tidak terperi dan terpaksa menempuhi pelbagai dugaan. Jika keseluruhan ibadah puasa merupakan bekalan dan kebaikan, maka puasa di bulan Ramadan pasti menambahkan bekalan ini berlipat ganda.


Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,

Antara kesan-kesan iman yang mendalam dalam diri seorang da'i yang seterusnya ialah: Lahir dalam dirinya kenikmatan dalam melakukan ibadah pada Allah SWT

Apabila lahir dalam dirinya kenikmatan dalam melakukan ibadah pada Allah SWT, maka akan terhasilkan ibadah yang berkualiti.

Seorang yang beriman, apabila melakukan sesuatu ibadah, tidaklah wajar baginya melakukan sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’. Namun beliau mementingkan kualiti yang baik di dalam sesuatu ibadah. Hal ini telahpun diperjelaskan dengan panjang lebar oleh Doktor Yusuf al-Qardawi di dalam kitabnya Ibadah Dalam Islam yang boleh dirumuskan seperti berikut:

1)Dilaksanakan segala kerja atau urusan dengan niat yang saleh. Yakni dengan niat yang ikhlas kerana Allah semata-mata.

2)Segala kerja dan urusan dilakukan dengan cara-cara yang diluluskan oleh syara’. Atau dengan kata lain - tidak berlawanan dengan ajaran Allah Subhanahuwata’ala.

3)Dilaksanakan kerja dan urusan dengan itqan, yakni dengan penuh kesungguhan, dedikasi dan tekun.

4)Iltizam dalam meninggalkan larangan-larangan Allah Subhanahuwata’ala. Jangan melakukan kezaliman, penganiayaan, penipuan, pencerobohan hak orang lain dan sebagainya. Janganlah terjadi sambil-sambil melakukan ibadah, lakukan pula larangan-larangan Allah Subhanahuwata’ala.

5)Jangan sampai sewaktu melakukan kerja dan urusan hidup, lalai pula dalam melaksanakan ibadah atau kewajipan yang asasi seperti solah dan zakat.


Rujukan:
1. SMMashyur, Bekalan di atas Jalan Dakwah
2. Khutbah Ust Omar Hj Saleh, 11 Jun 2004

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...