Thursday, May 22, 2008

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan 2?

Assalamu'alaikum wbth,

Salah satu cara taaruf berkesan ialah dengan mengetahui perkembangan di tempat lain. Kita dapati Nabi Saw biasa mengikuti perkembangan orang di tempat lain walaupun tidak pernah bersua muka dengan mereka. Contoh dalam seerah ialah ketika baginda pergi ke Taif untuk sampaikan Islam.

Abu Nu'aim memberitakan dengan lebih lengkap dari Urwah bin Az-Zubair ra. katanya: Apabila Abu Thalib meninggal, maka semakin bertambahlah penyiksaan kaum Quraisy ke atas Nabi SAW Maka beliau berangkat ke Tha'if untuk menemui suku kaum Tsaqif dengan harapan penuh, bahwa mereka akan dapat melindunginya dan mempertahankannya. Beliau menemui tiga orang dari pemuka suku kaum Tsaqif, dan mereka itu pula adalah bersaudara, yaitu: Abdi Yalel, Khubaib dan Mas'ud, semua mereka putera-putera dari Amru, lalu beliau menawarkan dirinya untuk diberikan perlindungan, di samping beliau mengadukan perbuatan jahat kaum Quraisy terhadap dirinya, dan apa yang ditimpakan ke atas pengikut-pengikutnya. Maka berkata salah seorang dari mereka: Aku hendak mencuri kelambu Ka'bah, jika memang benar Allah mengutusmu sesuatu seperti yang engkau katakan tadi?! Yang lain pula berkata: Demi Allah, aku tidak dapat berkatakata kepadamu, walau satu kalimah sesudah pertemuan ini, sebab jika engkau benar seorang Utusan Allah, niscaya engkau menjadi orang yang tinggi kedudukannya dan besar pangkatnya, tentu tidak boleh aku berbicara lagi kepadamu?! Dan yang terakhir pula berkata: Apakah Allah sampai begitu lemah untuk mengutus orang selain engkau? Semua kata-kata pemuka Tsaqif kepada RasuluUah SAW itu tersebar dengan cepat sekali kepada suku kaumnya, lalu mereka pun berkumpul mengejek-ngejek beliau dengan kata-kata itu.

Kemudian ketika beliau hendak pergi meninggalkan Tha'if itu, mereka berbaris di tengah jalannya dua barisan, mereka mengambil batu, lalu melempar beliau, setiap beliau melangkahkan kakinya batu-batu itu mengenai semua tubuh beliau sehingga luka-luka berdarah, dan sambil mereka melempar, mereka mengejek dan mencaci. Setelah bebas dari perbuatan suku kaum Tsaqif itu, beliau terlihat sebuah perkebunan anggur yang subur di situ. Beliau berhenti di salah satu pepohonannya untuk beristirahat dan membersihkan darah yang mengalir dari kaki dan tubuhnya yang lain, sedang hatinya sungguh pilu dan menyesal atas perlakuan kaum Tha'if itu.

Tidak lama kemudian terlihatlah Utbah bin Rabi'ah dan Syaibah bin Rabi'ah yang baru sampai di situ. Beliau enggan datang menemui mereka, disebabkan permusuhan mereka terhadap Allah dan RasulNya dan penentangan mereka terhadap agama yang diutus Allah kepadanya. Tetapi Utbah dan Syaibah telah menyuruh hamba mereka yang bemama Addas untuk datang kepada beliau membawa sedikit anggur untuknya, dan Addas ini adalah seorang yang beragama kristen dari negeri Nainawar (kota lama dari Iraq). Apabila Addas datang membawa sedikit anggur untuk beliau, maka beliau pun memakannya, dan sebelum itu membaca 'Bismillah!' Mendengar itu Addas keheranan, kerana tidak pernah mendengar orang membaca seperti itu sebelumnya.

'Siapa namamu?' tanya Nabi SAW 'Addas!' 'Dari mana engkau?' tanya beliau lagi. 'Dari negeri Nainawar!' jawab Addas. 'Oh, dari kota Nabi yang saleh, Yunus bin Matta!' Mendengar jawaban Nabi itu, Addas menjadi lebih heran dari mana orang ini tahu tentang Nabi Yunus bin Matta? Dia tidak sabar lagi hendak tahu, sementara tuannya Utbah dan Syaibah melihat saja kelakuan hambanya yang terlihat begitu mesra dengan Nabi SAW itu. 'Dari mana engkau tahu tentang Yunus bin Matta?!' Addas keheranan. 'Dia seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama kepada kaumnya,' jawab beliau. Beliau lalu menceritakan apa yang diketahuinya tentang Nabi Yunus AS itu, dan sudah menjadi tabiat beliau, beliau tidak pernah memperkecilkan siapa pun yang diutus Allah untuk membawa perutusannya. Mendengar semua keterangan dari Rasulullah SAW Addas semakin kuat mempercayai bahwa orang yang berkata-kata dengannya ini adalah seorang Nabi yang diutus Allah. Lalu dia pun menundukkan kepalanya kepada beliau sambil mencium kedua tapak kaki beliau yang penuh dengan darah itu.

Melihat kelakuan Addas yang terakhir ini, Utbah dan Syaibah semakin hairan apa yang dibuat sang hamba itu. Apabila kembali Addas kepada mereka, mereka lalu bertanya: 'Addas! Mari ke mari!' panggil mereka. Addas datang kepada tuannya menunggu jika ada perintah yang akan disuruhnya. 'Apa yang engkau lakukan kepada orang itu tadi?' 'Tidak ada apa-apa!' jawab Addas. 'Kami lihat engkau menundukkan kepalamu kepadanya, lalu engkau mencium kedua belah kakinya, padahal kami belum pemah melihatmu berbuat seperti itu kepada orang lain?!' Addas mendiamkan diri saja, tidak menjawab. 'Kenapa diam? Cuba beritahu kami, kami ingin tahu?' pinta Utbah dan Syaibah. 'Orang itu adalah orang yang baik, dia menceritakan kepadaku tentang seorang Utusan Allah atau Nabi yang diutus kepada kaum kami, 'jawab Addas. 'Siapa namanya Nabi itu?' 'Yunus bin Matta' jawab Addas lagi. 'Lalu?' 'Dia katakan, dia juga Nabi yang diutus!'Addas berkata jujur. 'Dia Nabi?!' Utbah dan Syaibah tertawa terbahak-bahak, sedang Addas mendiamkan diri melihatkan sikap orang yang mengingkari kebenaran Allah. 'Eh, engkau bukankah kristian?' 'Benar,'jawab Addas. 'Tetaplah saja dalam kristianmu itu! Jangan tertipu oleh perkataan orang itu!' Utbah dan Syaibah mengingatkan Addas. 'Dia itu seorang penipu, tahu tidak?!' Addas terus mendiamkan dirinya . Sesudah itu, Rasuluilah SAW kembali ke Makkah dengan hati yang kecewa sekali. (Dala'ilun-Nubuwah, hal. 103)

JEJAK KE MENARA GADING 3

Assalamu'alaikum wbth,


Kuliah dah pun bermula. Semester ini aku ambil intensif bahasa Inggeris aje. Belajar semula `How to read, How to write and How to communicate in English.’ Kamus tebal Longman tu diusung ke sana ke mari. Seronok juga dengan pengalaman baru ini. Cuma yang tak seronoknya ialah bi’ah di asrama dan di kampus kurang elok dalam mendidik hati ini agar dekat dengan Allah SWT. Jika di asrama, rakan sebilikku sudah mula menunjukkan perubahan ; mereka sudah tidak seperti pada masa minggu orientasi. Di kampus pula budaya `couple’ begitu menular. Ya Allah! Selamatkanlah iman ku ini.

Semasa di bilik, sudah menjadi kebiasaan bagi teman sebilikku memasang musik dengan kuat. Semuanya ini memang mengganggu konsentrasiku sama ada untuk mengulangkaji pelajaran ataupun berehat. Entah sudah berapa kali diulang-ulangkan lagu-lagu penyanyi barat tu, yang akupun tak pasti nama-nama penyanyinya. Aku sekali-sekali ada juga menegur secara hikmah, akan tetapi tak lut jugak. Solat subuh tu biasanya terlepas kerana mereka tidur lewat malam; bermain terup, merokok setelah penat mengulangkaji.

Apa citer awek kau, Man! Nampak ceria je kau hari ni?, sapa Mie
Biasa je, hehe.. Hujung minggu ni aku nak ke Genting dengan awek aku tu. Kami pakat-pakat dengan 2-3 orang member lain, Ujar Man.

Geram sungguh bila mendengar perbualan rakan sebilik aku tu…Mereka tidak segan silu bahkan berbangga pula melakukan dosa. Sebelum Maghrib lagi, puluhan siswa/i dah mula keluar dari asrama berjalan berdua-duaan menuju ke gerai makan di hujung simpang, tanpa segan silu. Jika di dalam bas untuk ke kuliahpun, masing-masing duduk bersebelah-sebelahan tanpa rasa bersalah atau segan silu. Apa nak jadi nih …di dalam hatiku. Nampaknya mahasiswa/i ni sebelum pi luar negara pun dah jadi macam orang Amerika dan Britain. Al maklumlah mak ayah di rumah tidak tahu, dan kini mereka telah bebas untuk buat apa sahaja yang mereka mahu. Inilah cabaran orang muda yang tahap hormonnya tingi pada umur akhir belasan tahun.

Semasa aku ke Bandar Klang untuk membeli peralatan dorm dengan kawanku yang lain, tiba-tiba aku terserempak dengan kawan sekolah lamaku. Dia pun dapat masuk kolej yang sama denganku Kat sekolah dulu dia memang kaki pi surau. Tapi kali ni bila nampak aku, dia mengelak ke arah lorong yang lain. Rupanya, dia dia bawak budak pompuan dating rupanya. Begitu kuat pengaruh persekitaran di dalam merubah seseorang.

Sedih sungguh hati ini melihat perubahan dan kemungkaran yang ada. Jika aku tidak membenci di dalam hati, esok lusa penyakit inipun akan terkena kepada aku. Itulah dalam hadith tahap selemah-lemah iman.

Melihat suasana yang tidak kondusif kepada pertumbuhan keimanan ini, aku terus hubungi mentorku bertanyakan bilakah akan dapat diteruskan program tarbiyahku di sini? Aku perlukan kekuatan untuk menghadapi arus kegelapan ini.

`Anta kuatkan hubungan dengan Allah, hujung minggu ini harap dapat jumpa di Seksyen 2 jam 3.00 petang’. Jawab mentorku.
Insha Allah, jawabku ringkas.

Bersambung….

Saturday, May 17, 2008

Respon: Bagaimana bertaaruf berkesan?



Assalamu’alaikum wbth,

Sdr dinul mahfuz ada meminta saya menghuraikan tips untuk bertaaraf dengan mad’u.


Itu merupakan soalan yang real yang bermain dalam fikiran kita semua. Dorongan dalaman kita memang berhajat untuk melakukan dakwah fardiyah. Akan tetapi soalan bagaimana nak buat? Bagaimana nak memulakan taaraf? Bagaimana nak memenangai hati mad’u, merupakan hal-hal yang sentiasa menjadi persoalan dan halangan untuk kita mengorak langkah ke depan.

Ada beberapa buku yang baik untuk dikaji dalam hal yang berkaitan. Antaranya ialah kitab At-toriq ilal qulub(Bagaimana menyentuh Hati) karangan Sh. Abbas Assisi dan kitab Ad-da’wah, qowaid wa ushuul karangan Sh. Jum’ah Amin.

Tip pertama yang disebut oleh Sh. Abbas Assisi dalam bertaaraf ialah MENGHAFAL NAMA. Ianya adalah langkah awal dan benang pertama yang mengikat antara hati seseorang individu. Marilah kita berusaha memiliki kualiti di dalam kita berkenalan dengan potensi mad’u kita.


Ar- Rasul SAW bersabda:
Termasuk sifat angkuh adalah seorang yang masuk ke rumah temannya, dihidangkan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya; dan seorang lelaki yang bersama-sama lelaki lain yang bermusafir, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya.
HR Ad-Dailami





Thursday, May 15, 2008

JEJAK KE MENARA GADING SIRI 2

Assalamu'alaikum Wbth,
Sesampainya aku di kampus PPP/ITM, Seksyen 17 aku dapati ramai pelajar lain yang menerima telegram segera seperti aku dah berkumpul lebih awal di foyer bangunan pentadbiran. Masing-masing beratur panjang. Giliran aku pun tiba,

`Ini surat tawaran JPA untuk awak .. Jika setuju, serah semula surat perjanjian ini dalam
tempoh 2 minggu.’ ujar pegawai yang bertugas pada hari itu.
`Terima kasih, encik.’ balasku perlahan kepada pegawai tadi.

Aku terus membaca surat tawaran tersebut. Surat tu menyatakan aku telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian dengan biasiswa di Amerika Syarikat di dalam bidang Electrical Engineering(Power). Aku perlu buat kursus intensif bahasa Inggeris dan tahun 1 dan 2 di PPP/ITM terlebih dulu. Kemudian baru melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Universiti yang akan pergi pun belum ditentukan kerana perlu berdasarkan kelayakan poin.

`Alhamdulillah!’, itulah kata-kata yang terhambur keluar daripada mulutku apabila mendapat tawaran itu. Sememangnya sebelum ini aku bercita-cita untuk lanjutkan pelajaran ke luar negara sama UK ataupun Amerika Syarikat.

Setelah pendaftaran selesai, aku pun terus ke asrama pelajar di Seksyen 18, di tempatkan di flat 4 tingkat. Aku ditempatkan di bilk 305 blok 17. Oleh kerana nama aku bermula dengan S, maka semua yang nama huruf S itu ditempatkan sekali seperti Suhaimi A , Suhaimi B, Suhandono, Suhardi, dan Sudirman.

`Nampak macam muka baik-baik je budak bilik aku ni’, bisikku di dalam hati.

Biasalah masa minggu silaturrahim(orientasi), semua orang nampak `nerd’ aje. Semua ikut peraturan. Jika pakai kemeja tu tuck-in. Pakai tali leher, nampak kemas. Semua hadir solat berjemaah yang disusun semasa dalam minggu silaturrahim.




Semasa penutup orientasi, pegawai tinggi ITM pada masa itu memberi nasihat kepada kami semua.

`You must improve your English. One of the ways is to think in English’, nasihat beliau kepada kami dengan nada yang bersemangat.

Dalam hatiku, ianya satu nasihat yang baik agar semua serius untuk menguasai bahasa Inggeris lebih-lebih lagi kepada graduan akan ke benua Amerika. Biasanya pelajar kita malu untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di luar kelas.

Di akhir minggu silaturrahim, masing-masing keletihan. Masing-masing tidur besar pada hari minggu tersebut. Di pagi minggu itu tiba-tiba aku teringat pesanan mentorku: `Tarbiyah Islamiyah anta perlu berterusan di mana sahaja anta berada. Biah solehah perlu dicari dan dijaga.’ Setakat yang aku tahu, hanya aku sahajalah di tempat yang baru ini yang pernah mengikuti program tarbiyah sebelum ini. Maknanya aku keseorangan di PPP/ITM ini. Di pagi yang bening itu jugalah , aku menghayun langkah ke pondok telefon berdekatan asrama blok 14.

`Hello!, Assalamu’alaikum, ini Pak Hasan ke?
`Ya’, Hasan bercakap. Siapa yang bercakap ni?
`Errr, ana Soleh. Pak Yeop, sahabat dari Alor Setar minta ana hubungi Pak Hasan untuk penerusan tarbiyah.’ Kataku dengan nada yang bersungguh-sungguh.

Dalam perbualan telefon yang berlangsung selama beberapa minit, Pak Hasan meminta alamat tempat belajarku dan menanyakan bila masa aku lapang pada minggu tersebut.

`Ana hari ni dan esok free, insha Allah’, kataku kepada Pak Hasan.

Keesokan harinya, selepas solat Asar bilik aku didatangi oleh dua orang tetamu yang tidak aku kenali. Seorang bersaiz orang Arab dan seorang lagi bersaiz kecil sepertiku. Pintu bilikku diketuk, dan salam diberi.

`Ada pelajar bilik ni yang namanya Soleh’, tanya salah seorang tetamu tadi.
`Ya, sayalah. Pak Hasan ke ni?, kataku dengan selamba.
`Ya, insha Allah. Bersama-sama saya ni sahabat, namanya Razak.’
`Ooo, gitu’, kataku perlahan.

Kamipun saling berpelukan antara satu sama lain, tanda ikatan ukhuwwah Islamiah.

`Bagus sahabat-sahabat ni.baru kenal pun mudah mesra, macam dah lama kenal’, kata hati kecilku.

Setelah chit chat hampir sejam di warung depan asrama blok 11. Merekapun beredar dari asrama putera.

Bersambung....

Wednesday, May 14, 2008

BEDAH BUKU: 7 TAHAP DAKWAH FARDIYYAH SIRI 2

Recap: 7 langkah dakwah fardiyyah.

1.Taaraf - mengadakan hubungan silaturrahim dan berkenalan dengan mad'u.
2. Membangunkan iman yang telah lemah di dalam jiwa yang kita seru kepada Allah SWT.
3. Menolong menyelesaikan urusannya, mempenalkan urusan Islam, taat kepada Allah SWT. dan ibadah-ibadah yang diperlukan. Kemudian membantu mad’u dalam perlaksanaan ibadah-ibadah itu dan menjauhkan diri dari segala maksiat, serta menghiasi diri mad’u dengan akhlak Islam.

Sahabat-sahibah yang dikasihi kerana Allah SWT,


Langkah ke 4 dakwah fardiyyah menurut Sh. Mustafa Mashyur di dalam kitabnya Ad Dakwah Fardiyyah ialah menjelaskan pengertian ibadah yang syumul, iaitu meliputi segala jurusan hidup.





Semua yang kita lakukan adalah ibadah apabila memenuhi dua syarat:
a. Niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.
b. Cara perlaksanaannya tidak bercanggah dengan syara’.



Langkah ke 5 ialah kita menjelaskan kepada mad’u bahawa tidaklah mencukupi kalau hanya menjadi Muslim yang baik dalam bentuk individu sahaja. Islam mewajibkan kita berusaha dan berjuang dengan sungguh-sungguh supaya Islam dapat ditegakkan kembali di muka bumi. Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 193:

` ...sehingga tidak ada lagi fitnah dan sehingga deen itu hanya untuk Allah SWT semata-mata.’


Mad’u juga perlu dijelaskan bahawa seruan Islam ini adalah kepada manusia seluruhnya. Ia mesti prihatin segala apa yang terjadi kepada saudara-saudara Muslim di tempat lain yang diganggu, difitnah dan diserang oleh musuh-musuh Allah SWT di pelbagai ceruk di muka bumi.




`Barangsiapa yang tidak mempedulikan urusan muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka’
Al-hadith

Mad’u juga perlu diterangkan tentang tuntutan dakwah Islamiyah hari ini mewajibkan setiap umat Islam berusaha bersungguh-sungguh membangunkan ad-daulah islamiyah yang melaksanakan syariat Islam.


Bersambung....isha Allah.

Tuesday, May 13, 2008

JEJAK KE MENARA GADING SIRI 1

Assalamu'alaikum wbth,


Sahabat/ah yang dikasihi sekalian. Coretan saya kali ini ialah pengalaman menjejakkan kaki ke menara gading.


Selepas SPM aku membuat banyak pekerjaan bagi mengisi masa lapang. Di siang hari, aku bekerja di pam minyak Penghulu Halim sampai tengahari. Sebelah petangnya rehat sebentar sambil berkebun di belakang rumahku. Satu hari semasa sedang berkebun, tiba-tiba motosikal yang membawa telegram singgah di rumahku.

`Peet, peet….’ Honk motosikalnya berbunyi.

`Ada apa encik?’ Tanyaku kepada pembawa telegram tadi.
`Hi ha…telegram untuk hang?’ Kata pakcik telegram kepadaku.
`Telegram apa pulak ni…terima kasih ya', ujarku.
Lantas aku pun membaca isi kandungan telegram tersebut.
`Anda di minta melapor diri di PPP/ITM Seksyen 17, Shah Alam pada 20.5.1989 jam 9.00 pagi. Sila bawa dokumen-dokumen yang berkaitan.’

`Allah!, 20 Mei tu esok harilah.’ Aku pun bergegas memberitahu mak mengenai hal ini.

`Mak….Telegram untuk lapor diri esok ke PPP-ITM, Shah Alam. ‘Kataku kepada ibu.

`Bila hang kena pi?’ Tanya ibu.

`Esoklah mak…’ujar aku..
`Awatlah suntuk sangat masa depa bagitau….’Komen ibuku.
`Nak buat macam mana, mungkin ini panggilan kedua kot. ‘Aku menjelaskan kepada ibu.
`Hmmm..nak pi pekan, beli tiket ke Kuala Lumpur..’ kataku kepada ibu.

Diringkaskan cerita setelah mengemas pakaian 2 beg bersaiz sederhana, pada malam itu jam 9.30 malam akupun bertolak ke Kuala Lumpur. Sebelum bertolak, aku ada menelefon mentor usrahku Pak Yeop di Alor Setar, bertanyakan ada ke mentor usrah di Shah Alam untuk penerusan tarbiahku.

`Sesampai di Shah Alam, anta terus hubungi Pakcik Hasan. Ini nombor telefon dia.’ Kata Pak Yeop kepada aku semasa perbualan telefon dengannya.

Dalam hati, risau jugak, aku nak pi tempat baru nih..Semasa di Alor Setar, halaqah mingguan sentiasa ada, perkelahan bulanan di Bukit Wang pun ada, ijtimak mingguan pun ada. Jika di Shah Alam nanti ada ka semua ini ? Hal itu bermain-main dalam fikiran semasa perjalanan aku ke Kuala Lumpur.


bersambung....

Monday, May 12, 2008

BEDAH BUKU: 7 TAHAP DAKWAH FARDIYYAH

Assalamu'alaikum wbth,

Ketika menghadapi pelbagai gangguan dan kezaliman dari manusia yang diseru kepada Allah SWT. Ar Rasul SAW tetap bersabar dan terus menerus berdakwah dan bersabda:


`Wahai Tuhanku, berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti'

Seperti yang kita semua maklum, dakwah terbahagi kepada dua iaitu dakwah ‘ammah dan dakwah fardiyyah.

1. Dakwah ‘ammah dapat dibuat melalui pidato, ceramah-ceramah, majlis ilmu, media massa, buku, risalah, surat khabar, majalah, blog dan lain-lainnya.

2. Dakwah fardiyyah pula ialah dakwah secara kontek individu yang tidak kurang juga pentingnya.

Menurut Sh. Mustafa Mashyur di dalam kitabnya Ad Dakwah Fardiyyah, dakwah fardiyyah mempunyai 7 tahap iaitu:

1. Taaraf - mengadakan hubungan silaturrahim dan berkenalan dengan mad'u.





2. Membangunkan iman yang telah lemah di dalam jiwa yang kita seru kepada Allah SWT.




















(courtesy http://wwwu.edu.uni-klu.ac.at/gschiffe/Niagara%20Falls/page_01.htm)




3. Menolong menyelesaikan urusannya, mempenalkan urusan Islam, taat kepada Allah SWT. Dan ibadah-ibadah yang diperlukan. Kemudian membantu mad’u dalam perlaksanaan ibadah-ibadah itu dan menjauhkan diri dari segala maksiat, serta menghiasi diri mad’u dengan akhlak Islam.



....bersambung

Pengalaman dakwah remaja kampung

Assalamu'alaikum wbth,

Sahabat-sahabat seperjuangan di dalam dakwah dan tarbiyah. Sedikit perkongsian nostalgia melakukan dakwah di kampung. Pada awal 80an, bahang kebangkitan Islam begitu terasa. Hatta kepada anak awal belasan tahun seperti aku. Seingat aku, kami berusrah ke kampung-kampung. Ini kerana semangat dakwah berkobar-kobar, untuk menyelamatkan ummah daripada kerosakan. Kami bergiliran rumah ke rumah setiap minggu. Setiap Jumaat, selepas solat Asar, masing-masing berbasikal konvoi sejauh berbatu-batu, menyusuri sawah padi ke rumah yang dijanjikan.










Yang bestnya, bila di setiap rumah host tu, dijamu dengan pelbagai menu....ada menu bubur kacang, ada menu meehun, kadang-kadang ada menu nasi lauk ayam.


Seingat aku juga, buku yang kami gunakan untuk dibacakan kepada remaja-remaja yang ada bermodalkan kitab Asas-asas Islam oleh Maulana Maududi. Itulah modal fikrah yang aku bacakan kepada remaja-remaja yang sebaya denganku pada masa itu.

'Ya Allah terimalah amal kami itu'. Itulah ikhtiar kami yang serba kecil ini untuk menyelamatkan hati-hati remaja kampung pada masa itu.


Perbentangan dan berbincangan berlarutan sebelum menjelang Maghrib. Bila musim tiba, terpaksa basah kuyup sebelum sampai di rumah untuk persiapan diri.


Itulah rutin kami pada masa itu setiap minggu pada masa itu. Persoalannya di sini bagaimana semangat yang sama dapat kita bangkitkan pada masa kini buat remaja-remaja?

Saturday, May 10, 2008

KEWAJIPAN BERDAKWAH


Assalamu'alaikum wbth,


Saudara/i yang dirahmati Allah SWT,

Dakwah Islamiyah adalah tugas suci atas setiap muslimin dan muslimat di muka bumi dan di mana saja mereka berada di dunia ini. Arahan dan suruhan berdakwah terdapat di dalam al Quran dan Sunnah Rasulullah saw merupakan kewajipan kita semua untuk menyeru dan menyampaikan Islam kepada masyarakat.

Abu Dzar ra. apabila mendapat Islam, beliau terus menyampaikan Islam sehingga dia dipukul oleh kaum Musyrikin di Mekah.


Di dalam Al- Quran terdapat banyak ayat berkaitan dakwah. Antaranya:


Surah Ali Imran: 104


104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.

Surah Fussilat: 33
33. dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"


dan Surah AlHaj :67
67. bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat Yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah Ahli-ahli syariat Yang lain membantahmu Dalam urusan syariaatmu; dan serulah (Wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana Sesungguhnya Engkau adalah berada di atas jalan Yang lurus.



Daripada beberapa ayat di atas dapatlah difahami, bahawa dakwah Islamiyah seharusnya disampaikan.

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...