Monday, January 31, 2011

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 9

Assalamu'alaikum wbth,

Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,

Surah Al Ahzab memberikan kepada banyak pengajaran agar kita umat Islam sentiasa berhati-hati terhadap orang munafiq dan orang Yahudi dan musyrik. Di dalam memerangi Islam mereka bersatu menyerang sama ada secara terang-terangan ataupun secara halus.


Satu aspek yang ingin dikongsi ialah surah Al Ahzab ayat 4.

`Allah tidak menjadikan bagi seseorang itu dua hati di dalam rongga dadanya'

Menurut Sayyid Qutb di dalam tafsir Fi zilalil Quran, manusia memounyai satu hati sahaja. Ia perlu mempunyai satu neraca sahaja untuk menimbang nilai urusan hidupnya. Tidak ada campur aduk mengambil nilai Islam dan dalam masa yang sama mengambil nilai yang bukan Islam.


Inilah seperti kata Sh Mustafa As Siba'i: Dua cinta yang mana mungkin dapat bersama.....


Oleh kerana itu, Islamlah sahaja merupakan satu sistem, satu jalan, satu wahyu dan satu aliran untuk kita serahkan diri kita kepada Allah SWT. Jika berlaku campur aduk dalam maka akan rosaklah kehidupan kita.


Di dalam kesempatan kali ini izinkan saya untuk menyambung ciri yang seterusnya cara elakkan dari berlakunya fitnah dalam sesebuah organisasi:Memelihara telinga dari mendengar percakapan buruk





Mereka yang terlibat di dalam menyebarkan fitnah dan mengumpat, tidak akan berbuat demikian jika mereka tidak ada pendengarnya. Bermakna jika anda berkongsi, menumpang telinga mendengar percakapan mereka, itu menggalakkan fitnah. Cubalah memelihara telinga dari perkara sedemikian. Di zaman Sayyidina ‘Ali, orang ramai mula memperkatakan tentang perselisihan di kalangan sahabat berkenaan pembunuhan Sayyidina ‘Uthman. Lalu seorang tabi’in berkata:

“Allah telah menyelamatkan tangan-tangan kita dari berlumur dengan darah mereka. Marilah kita selamatkan lidah kita dari mengata-ngata roh mereka.”

Dia telah menghalang mereka meneruskan percakapan yang tidak baik.


Kesimpulan

Marilah kita banyak-banyak berdoa kepada Allah agar kita dapat menjaga telinga kita dari suka mendengar percakapan buruk yang menimbulkan fitnah kepada organisasi. Jika timbul keraguan, maka cepat-cepatlah kita pastikan kesahihannya dengan pimpinan organisasi tanpa berlengah.

Sunday, January 16, 2011

Faktor-faktor jiddiyah dalam kehidupan pendakwah siri 8(Akhir)

Assalamu'laikum wbth,

Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,

Dalam kesempatan ini, saya ingin menyambung topik perbincangan kita yang berkaitan faktor yang boleh meningkatkan jiddiyah. Faktor yang akhir ialah: da'i tidak digalakkan berpindah atas maksud keduniaan

8.Larangan 'migrasi' atas maksud keduniaan

Para du'at tidak dibenarkan untuk berpindah dari tempat atau negerinya melainkan dalam rangka dakwah dan tarbiah. Tujuan ia berpindah kerana ia diperlukan di tempat yang lain untuk membuka cawangan yang baru bagi organisasinya. Ataupun tujuan lainnya ialah untuk ia sambung belajar/pengajian suatu tempat yang asing untuk mendapatkan ilmu pengetahuan bagi menguatkan ummah buat tempoh yang sementara, kemudian balik semula ke tempatnya.

Secara 'amnya, kita menghalang perpindahan du'at khususnya mereka yang ada kualiti kepimpinan. Adalah lebih baik mereka lebih baik tinggal di lokalitinya dan meneruskan kerja-kerjanya. Jika dia berpindah, organisasi tidak dapat memanfa'atkan dia sepenuhnya. Begitu juga, perancangan organisasi boleh tergendala.

Rumusan
Semoga kita semua menjadi penuntut akhirat. Firman Allah SWT di dalam surah Al Qasas ayat 77:

Wabtaghi fi ma atakallahud daral akhirata wa la tansa nashibaka minad dunya wa ahsin ka ma ahsanallahu ilaika wa la tabghil fasada fil ardhi innallaha la yuhibbul mufsidin.

Artinya, Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang yang berbuat kerusakan.

Adalah diharapkan kita semua dapat melengkapkan diri kita dengan sifat-sifat yang boleh membawa kita menjadi orang yang serius, sungguh-sungguh dan komited dengan kerja-kerja membangunkan ummah, insha Allah.

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 9

Assalamu'laikum wbth,

Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,

Jiwa yang tidak diproses dengan tarbiah serba lengkap akan mudah melatah dan terjebak kepada pelbagai penyakit hati. Penyakit hati ini sukar dirawat tanpa adanya tarbiah imaniah yang berterusan. Kesahihan aqidah dinilai pada husnul khatimahnya kita. Justeru itu marilah kita terus menerus istiqomah di atas jalan al Haq ini sepanjang hayat kita.

Di dalam kesempatan kali ini izinkan saya untuk menyambung ciri yang seterusnya cara elakkan dari berlakunya fitnah dalam sesebuah organisasi:Memelihara telinga dari mendengar gosip dan percakapan buruk.

9. Memelihara telinga dari percakapan buruk

Mereka yang terlibat di dalam menyebarkan fitnah dan mengumpat, tidak akan berbuat demikian jika mereka tidak ada pendengarnya. Bermakna jika anda berkongsi, menumpang telinga mendengar percakapan mereka, itu menggalakkan fitnah. Cubalah memelihara telinga dari perkara sedemikian. Di zaman Sayyidina ‘Ali, orang ramai mula memperkatakan tentang perselisihan di kalangan sahabat berkenaan pembunuhan Sayyidina ‘Uthman. Lalu seorang tabi’in berkata:

“Allah telah menyelamatkan tangan-tangan kita dari berlumur dengan darah mereka. Marilah kita selamatkan lidah kita dari mengata-ngata roh mereka.”

Dia telah menghalang mereka meneruskan percakapan yang tidak baik.


Kesimpulan
Peliharalah telinga kita, melainkan untuk mendengar perkara yang baik-baik sahaja.

Friday, January 7, 2011

Bagaimana mengelakkan fitnah dalam organisasi? Siri 8

Assalamu'laikum wbth,

Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,


Waktu itu adalah kehidupan. Sebenarnya kita tidak punya banyak masa untuk melakukan perkara yang sia-sia dan yang tidak membuahkan amal. Umur umat Muhamaad SAW pendek berbanding dengan umat yang terdahulu. Fitrah manusia memang sukakan gosip, kabar angin dan bercerita mengenai hal orang lain. Penyakit ini telah berakar umbi dalam masyarakat kita. Justeru itu, nilai-nilai ini perlu diproses agar ianya tidak menular di dalam sebuah organisasi Islam.

Di dalam kesempatan kali ini izinkan saya untuk menyambung ciri yang seterusnya cara elakkan dari berlakunya fitnah dalam sesebuah organisasi: Melihat kepada ke’aiban diri sendiri (Iltifat ila ‘aibin nafs)

8.Melihat kepada ke’aiban diri sendiri (Iltifat ila ‘aibin nafs)

Persoal dan kajiselidiklah diri sendiri. Carilah kesalahan anda, lihat dan cuba perbaikinya. Sebenarnya, jika seseorang itu sibuk mencari keaiban dirinya sendiri, dia tidak akan ada masa untuk mencari keaiban orang lain. Seseorang yang soleh, As Sari as Saqti al Baghdadi berkata:

“Aku tidak menjumpai sesuatu yang menyebabkan kamu hilang kebaikan amalan atau membuatkan hatimu sakit, lebih dari merasa megah atas amalanmu dan memandang rendah pada amalan orang lain.”

Anda cepat melihat kesalahan orang lain tetapi tidak sedar kesalahan di dalam hati sendiri. Bak kata pepatah:
`Kuman di Seberang Laut Nampak, Gajah di Depan Mata Tak Nampak'


Salah satu tanda manusia diseret ke api neraka ialah buta bila melihat diri sendiri, tetapi dengan mudah mengetahui keaiban orang lain. Pernah satu masa, beberapa orang sedang memperkatakan tentang keaiban-keaiban orang tertentu. Lalu mereka memanggil As Sari untuk memberi pandangannya pula. Tapi beliau menjawab:

“Aku terlalu sibuk dengan diriku sendiri, hingga tiada masa untuk mencari kesilapan orang lain.”

Mereka yang betul-betul mencari keaiban orang lain sebenarnya mencerminkan keaiban diri mereka sendiri. Telah dikatakan, seseorang itu mencari kesalahan orang lain sebanyak mana kesalahan yang dia ada. Lebih banyak keaiban yang dia ada, lebih lagi dia cuba mencari keaiban orang lain sebagai alasan terhadap kekurangan dirinya.

Keaiban seseorang itu kita kesan melalui kelakuannya yang dilakukan olehnya secara terang-terangan bukannya kita merisik kehidupannya.


Kesimpulan

Marilah kita banyak-banyak berdoa kepada Allah agar kita serius membuang karat-karat jahiliah yang ada dalam jiwa ini secara terus menerus.

Ciri khas yang unik

Assalamu'laikum wbth,

Sahabat/akhowat yang dirahmati Allah sekalian,

Seorang da'i perlu memiliki sifat yang unik. 3 sifat yang unggul yang perlu ada ialah kemampuan kesolehan yang pasti, kemampuan melakukan refleksi diri dan berpegang teguh
dengan sifat wara'.

Kita tidak menyandarkan sesuatu kejayaan pada kepandaian kita mengatur strategi semata-mata. Sebaliknya kita meletakkan ukuran kesolehan yang kita perolehi sebagai satu yang asasi. Semakin kuat hubungan kita dengan Allah, hati kita semakin bersih, istighfar semakin bertambah dan taubat dilakukan terus menerus, justeru itu langkah kita menuju kemenangan semakin dekat.

Terdapat beberapa kata-kata daripada kaum terdahulu mengenai hal ini. Umar ra. menasihati tentera Islam agar bertaubat sebelum pergi ke medan pertempuran.

Abu darda' pula berkata: Wahai kaum Muslimin, kerjakanlah amal soleh, sebelum kamu ke medan pertempuran, kerana kamu berperang dengan amal-amal kalian

Ciri yang kedua ialah kemampuan melakukan refleksi diri
Adalah mudah bagi kita mengajak orang lain, apabila kita berjaya mengrahkan diri kita terlebih dulu.

Abdullah Wahb, imam di Mesir ada berkata: Orang yang pandai berbuat baik untuk orang lain hanyalah orang yang pandai berbuat baik untuk dirinya sendiri. Maknya, kita sukar untuk mempengaruhi orang lain selagi diri da'i itu sendiri yang meyakini risalah yang dibawanya.


Ciri khas yang ketiga ialah berpegang teguh dengan sifat wara'.
Apabila sifat wara' ada pada seseorang da'i, auranya akan memberi kesan kepada orang di sekelilingnya. Yahya bin Muadz ada menyebut: Sebesar apa kesibukanmu dengan Allah, sebesai itulah kesibukan makhluk dengan dirimu.

Rumusan
Janganlah kita mengeluh yang dakwah hari ini tiada respon yang positif daripada massa. Barangsiapa yang menghadapkan hatinya kepada Allah SWT, maka ia telah menghadapkan hati orang ramai kepada dirinya. Ayuh, teruskan usaha mulia ini tanpa jemu.

Rujukan:
Al Masar, Muhammad Ahmad Ar-Rasyid

DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA

  DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA   Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin...