Assalamu’alaikum wbth,
Sdr dinul mahfuz ada meminta saya menghuraikan tips untuk bertaaraf dengan mad’u.
Itu merupakan soalan yang real yang bermain dalam fikiran kita semua. Dorongan dalaman kita memang berhajat untuk melakukan dakwah fardiyah. Akan tetapi soalan bagaimana nak buat? Bagaimana nak memulakan taaraf? Bagaimana nak memenangai hati mad’u, merupakan hal-hal yang sentiasa menjadi persoalan dan halangan untuk kita mengorak langkah ke depan.
Ada beberapa buku yang baik untuk dikaji dalam hal yang berkaitan. Antaranya ialah kitab At-toriq ilal qulub(Bagaimana menyentuh Hati) karangan Sh. Abbas Assisi dan kitab Ad-da’wah, qowaid wa ushuul karangan Sh. Jum’ah Amin.
Tip pertama yang disebut oleh Sh. Abbas Assisi dalam bertaaraf ialah MENGHAFAL NAMA. Ianya adalah langkah awal dan benang pertama yang mengikat antara hati seseorang individu. Marilah kita berusaha memiliki kualiti di dalam kita berkenalan dengan potensi mad’u kita.
Ar- Rasul SAW bersabda:
Termasuk sifat angkuh adalah seorang yang masuk ke rumah temannya, dihidangkan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya; dan seorang lelaki yang bersama-sama lelaki lain yang bermusafir, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya.
HR Ad-Dailami
1 comment:
Salam,
Sahabat sekalian,
Tabiat dakwah kita adalah saling kenal mengenal. Saya ingin berkongsi pengalaman Imam Al Banna, seorang da'i yang sangat gemar menghafal nama. Satu hari ada satu kumpulan pengakap yang baru pertama kali datang menziyarahi beliau. Imam Al Banna berjabat tangan dengan pemuda-pemuda itu sambil menyebut nama-nama mereka. Apabila ditanya, ,bagaimana beliau dapat mengenal nama-nama tersebut, Imam Al Banna menjawab, 'ketika saya menandatangani kad keahlian mereka, saya menghafal nama yang tertera berserta fotonya.'
Mudah-mudahan, kita pun dapat sama-sama membina kekuatan mengingat nama ini untuk tujuan dakwah.
W/a
Hawariyyun
Post a Comment